Islamic Clock

Asmaul Husna

Pages

Total Pageviews

Powered by Blogger.

Sunday 20 May 2012

Suka Suka Ajer

Dihadapan koleksi buku-buku kesayangan,
Ditemani bersama handphone yang sunyi lagi sepi,
Hanya lagu berbunyi dari notebook,
Serta meja study kesayanganku,
Menjadi tempat alas....
____________________________________________
Kepada:
Mereka yang sudi membaca dan ikuti blogku ;)

LAPORAN KEHIDUPANKU YANG TERKINI.

Merujuk perkara di atas, saya pemilik blog ini sukacita memaklumkan bahawa kesempatan ini sudinya diri ini berkongsi cerita sepanjang cuti semester. Antara pengalamannya:

1. Kehidupan (Life) - satu perkataan yang sangat besar maknanya. Semakin dewasa semakin bermakna serta banyak tanggungjawab yang perlu dilaksanakan mengikut komitmen yang digalas. Setiap orang dari kita lalui perkara yang sama melainkan kalau individu tersebut tidak mempunyai kesedaran terhadap dirinya. Dalam kata sebenar kesedaran itu hadir bersama dengan kematangan. Ada berpendapat bahawa tidak semestinya semakin meningkat umur kita, maka kematangan kita jgk semakin meningkat jua. Actually, even u r 40 years old ada jgk yang masih belum matang dalam menjalani kehidupan. Point disini try harder to be meatured sebab bila minda kita matang maka setiap keputusan serta tingkah laku kita lebih teratur serta tepat.
2. Sahabat (Friends) - Satu masa dulu kawan-kawan adalah segala-galanya. Kepercayaan, sayang serta saling memahami/tolenrasi (cuba terima baik/buruk seorang kawan) adalah kunci dalam persahabatan. Namun disebabkan beberapa pengalaman yang dilalui ada seorang sahabat menasihati bahawa "Janganla ada antara rakan-rakan kita disenaraikan 'bestfriends' sebab bila kita menjadikan ia seseorang yang paling bererti dalam hidup kita.. besar kemungkinan kita akan mudah rasa disakiti dan meletakkan ahli keluarga jauh dibelakang." Cukup hanya mempunyai closed friends
* Now family come first no more BF but someone I call as my BF.
3. Happy VS Sad - Dua perkara niela yang menjadikan kehidupan kita mempunyai pelbagai cerita suka serta duka. Satu prinsip saya, lalui saja kehidupan ini setiap yang berlaku adalah dengan izinNya baik atau buruk itu kehendak Ilahi. Suka saya ingatkan diri bahawa bila terlalu gembira ingatla tentang cerita sedih supaya saya tidak pergi jauh pada landasan kehidupan. Di mana kegembiraan itu tidak akan berterusan selamanya. Maka dengan itu, diri saya tidak mudah alpa dan kecewa kelak. Sedih itu lumrah bila perkara buruk berlaku tapi hidup tetap diteruskan. Pengalaman saya, kegembiraan yang saya lalui selalunya tidak berpanjangan. So learn from experinces banyak dugaan. Hope dugaan itu semua datang kepadaku sebab Allah sayang aku.
4. Kerjaya (Career) - Alhamdulilah... saya semakin mencintai kerjaya ku sekarang. Dalam pada masa yang sama saya cuba perbaiki kelemahan diri serta memupuk kesabaran dalam menjadi seorang pendidik. Allah Maha Berkuasa dulu zaman sekolah saya sangat *xsuka menjadi guru kononnya personaliti saya tidak sesuai. Tapi keadaan telah merubah segalanya seiring dengan perubahan dalam diriku. Syukur ke hadrat Ilahi keputusan yang saya lakukan tempoh hari yang didorong oleh kekuatan hati olehNya inila hasil yang saya perolehi. Bukan ganjaran kewangan yang saya impikan tetapi lebih dari itu. Hopefully apa yang saya miliki dan lalui akan berterusan hendaknya.
5. Cinta (Love) - Berusaha, berdoa serta terus berdoa... Semua itu rahsia Allah.
6. Keluarga (Family) - Even still diri nie belum mempunyai keluarga sendiri tapi saya cuba belajar dari pemerhatian serta pengalaman dari ahli keluarga terdekat. Itu antara yang selalu saya suka sangat lakukan iaitu suka lihat dan perhati perlakuan orang (observation). Neway tu salah satu cara tuk belajar secara berterusan. Buat penilaian sikap, tingkah laku, personaliti dan bagaimana membina keluarga. Ambik yang jernih buangkan yang keruh. Sebaliknya bila tidak memiliki keluarga sendiri lagi, komitmen terhadap keluarga (parents especially) lebih berat berbanding abang serta adik yang masih belajar. Peluang ni perlu saya grab sebelum tidak mempunyai kesempatan itu kelak di masa hadapan.
7. Ilmu (Knowledge) - Bak kata cousins "Mira:You tu smart book... mana layan benda lain kan". Aku mampu tersenyum jer :) Memang betula ape yang dikatakan cuma xdela smart mcm orang len bila dh kata suka baca buku. Just myself really love books. Apa sahaja genre I would love to read. Most important dalam class selalu saya suka selitkan motivasi kepada students tuk terus cintai ilmu. Ilmu itu mencorakkan pemikiran minda kita. Dari pertuturan kita memberi gambaran siapa diri kita sebenarnya. Caya x??.  Namun dari kecil suka saya  ungkapkan "Biar ilmu penuh didada sebab ilmu itu penyuluh hidup". Another thing "Carila Ilmu hingga ke Negeri China..." pepatah tu adalah feveret saya masa zaman sekolah. Tapi dari statement Mira xdela just suka baca buku saja ada jgk benda len yang saya suka lakukan :p Tue *RAHSIA

Inila tujuh perkara yang diwarnai warna-warna pelangi dalam kehidupan peribadi saya kebelangkangan ini. Actually kebosanan serta tujuan mengisi masa yang terluang membuatkan diri ni cuba untuk update blog. Kerisauan peluang seperti ini mungkin sukar hendak diperolehi bermula minggu hadapan. Banyak preparation yang perlu dilakukan sebelum bermulanya class. Hope perkongsian ini, memberi manafaat untuk kita semua. Kalau ada yang kurang itu datang pada diri saya sendiri. Mohon maaf jika ada khilaf yang dilakukan secara tidak sengaja.

Dengan ini, saya mengucapkan ribuan terima kasih pada anda yang sudi membaca coretan/turkilan ini. Semoga semua yang membaca dapat berkongsi cerita yang aku sampaikan. Saya dahului dengan ribuan terima kasih.

Yang Benar,
Pemilik Blog


No comments:

Post a Comment