Islamic Clock

Asmaul Husna

Pages

Total Pageviews

Powered by Blogger.

Sunday 29 January 2012

Menu Kuih Minggu nie...

Lately nie rajin nak polish balik skill buat kuih muih dari resepi maktok... Maktok memang dari muda-muda dulu jual kuih muih sebagai punca pendapatan dan membesarkan mama dan adik beradik yang lain. Cuma cucu die seorang nie xdela teror mana...

Buah cempedak diluar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.

Kisah ragam kehidupan...

Tiba-tiba jer mood nk update blog sangat baik 2-3 hari kebelangkangan. Mungkin sebab di minda dah berlegar-legar kesibukan yang akan mendatang untuk 2-3 minggu kelak. Ok saat nie bukan nak citer hal super busy tu semua, sibuk keje nie sampai bila xkan abis selagi kita berkeje bukan.
Rasa terpanggil nak share sesuatu dengan rakan-rakan blog di sini. Dalam sehari-hari, setiap jam, detik yang dilalui memberi kita satu ruang pengalaman yang berbeza. Masing-masing mempunyai cerita tersendiri paling mudah kita boleh lihat di laman 'Muka Buku'. Antara kita akn update cite-cite/perkara yang telah dilalui dan berkongsi rasa serta ilmu dalam pada masa yang sama. Ada juga yang menggunakan sebagai medium menyampaikan product perniagaan. For sure diri nie pun tidak terkecuali melakukan aktiviti yang sama.
Penah jugak di hati terdetik atau memberi respon pada apa yang dibaca macam-macam yang terlintas di minda. Satu benda ler yang terlintas itu pasti ada sense of negative/positive.
Tapi bila difikirkan semula macam tue la jua pada padangan orang len apabila membaca status 'Muka buku ku'.
Ini di antara feedback negative darirakan (*bukan nama sebenar)
Ada teman pernah menyatakan:
Minah: Aku memang ada laman 'Muka buku' tapi dh xaktif. Menyampah plak rasa nak makan pun nk bagitau. Aku dah xsuka sekarang.
Ahmad: Aku xpenah ada laman 'Muka buku' sbb pada aku tiada privacy. Abis semua orang tau pasal diri dan aktiviti yang aku buat.

Manakala di bawah bagi feedback positive dari rakan (*bukan nama sebenar).
Ali: Kalau xde laman 'Muka buku' kira diri kita tak up-to-date. Ketinggalan zaman org veteran pun ada account.
Manisah: Baru gempak semua benda boleh citer kat situ, siap boleh luah rasa dan emosi. Nak marah/nak luah rasa xpuashati pun boleh. Lagi-lagi boleh update guna smartphone hehe siap highlight kat situ...

Secara personal, 'TEPUK DADA TANYA HATI" terpulang pada padangan serta keupayaan seseorang. Tidak salah sebenarye sebab ia bermula dengan kehendak/keinginan seseorang. Anda yang akan mencorakkan bagaimana rupa laman 'Muka buku' itu. Perkongsian pengalaman amat menarik tuk dikongsi bersama supaya individu len jgk dapat mempelajari sesuatu TAPI jangan pulak menggangu privacy individu len. Mohon maaf sekira ada yang kurang senang dengan coretan ini.
Good Nite!!

(*** ishhh still ada sebut ayat belajar jgk eik hehe :p)



Saturday 28 January 2012

My Bad Day...

Kalau nak dikisahkan di sini apa yang BAD things dh berlaku rasa xabis nk citer satu persatu. Berlaku pada 27 Jan (Jumaat) dari pagi hingga ke malam masa dinner BAD tu still ada. Niela yang dikatakan malang tidak berbau ada hari mendung berlaku. Tapi fikir-fikir balik mcm menarik jer jd mcmtu sebab ia bukan dirancang and beri cabaran pada diri mcmna nk faced that situation hehe lucu-lucu sungguh kalau diingat.
Ada teman office ckp ishhh kalau lydia mai lambat tu mcm bukan lydia ler huhuuhu :( tapi nk buat mcmna permulaan hari dh BAD rupayer berterusan sampai ke dinner. Sian dekat (u-know-who-u-are), die pun dah kena tempias BAD tu masa dinner :(. Takpe lepas nie sure my turn without BAD mistake.... Finally boleh dirumuskan rasa 70% buat keje hari nie xmenjadi. Even mcmtu still ada jgk sseorang yang mengembirakan hati nie. (U-know-who-u-are) thanks ;) Kenangan yang tidak akan dilupakan sepanjang hidup sebab first time berlaku kira cipta sejarah untuk diri sendiri nih.

**Mohon pada-Mu ya Allah permudahkan urusan ku untuk hari-hari mendatang... Amin


~Thank u so much awak for this lovely gift~

~

English Week Event...

Event English Week telah berlangsung di Kolej since 3 days ago dengan pelbagai aktiviti yang telah dijalankan antaranya ICT got talents dan lain-lain. Tahniah diucapkan kepada para pensyarah yang terlibat menjayakan event ini dan terutama kepada students yang berusaha keras.
Kesempatan ini diucapkan TAHNIAH kepada students yang berjaya di dalam pertandingan yang dipertandingkan especially mantee di bawah saya Albar dan pelajar saya Elina Chong atas kejayaan anda berdua.


~Albar thanks for the gift~

Majlis Perpisahan Ustaz Syahril

Walaupun tajuk di atas menampakkan berpisahan akan berlaku tetapi diharap situasi itu tidak berlaku. InsyaAllah ustaz xpergi jauh mana pun cuma tempat keje jer dh tak satu tempat. Ustaz pun ada mentioned still akan datang dan berhubung.

Apa-apa pun selamat maju jaya diucapkan kepada Ustaz semoga tempat keje baru akan lebih memberikan banyak manafaat dan barakah sebagai seorang pendidik jua. Terima kasih atas sumbangan serta penglibatan ustaz bersama staffs secara tidak langsung. Nanti nak main badminton boleh ajak ustaz join...

Pictures yang sempat dirakam semasa majlis perpisahan pada 27/1/2012

Monday 23 January 2012

Angin rajin dari Utara dah kunjung tiba di area Bayan Baru...


Bersempena public holiday Chinese New Year (CNY) masa di habiskan di rumah jer dengan family members. Bila dah dok rumah saje without pg jalan-jalan jawapan yer for SURE plan tuk masak-masak dan makan bersama. So because of that reason, breakfast dimulakan dengan light menu cereal, roti dan biskut. Kemudian bergerak ke Giant dengan plan nak masak Nasi Ayam Hainan. Pilihan nasi ayam Hainan sebab bersempena cuti CNY hehe... Lepas lunch terus buat aktiviti kedua iaitu make cookies nie plak sempena CNY jugak kiraye Biskut Raya :p
Minum petang nie plan nk buat kuih cara iaitu kuih tradisional favorite seisi keluarga kami. Simple but easy to make n most probably everyone enjoy eat kuih cara. Moments macam nie mmg best bukan selalu semua akan ada di rumah ala konsep Makan Besar.
Neway walau macamna pun cara kita berkumpul dan abiskan masa bersama keluarga at least we did it rather than we waste time to other activities which is NOT important/valuable to ourself.
Happy Holiday everyone
&
Happy Chinese New Year.....

~Nasi Ayam Hainan~



~Cornflakes with mix fruit cookies~

Saturday 21 January 2012

Ada cerita tersendiri pada 21/1/2012...

Dengan apa yang telah berlaku sejak kebelangkangan ini pada kehidupan seharian serta hari-hari yang telah dilalui untuk diriku dapat diterjemahkan melalui lirik lagu dibawah. Syukur Alhamdulillah... **(semoga ia bukan sementara dan mengalpakan diriku)

Tanpa sedar ingatnya alam kerna kuasa
Yang takkan abis sampai di akhir waktu perjalanan ini
Terima kasihku pada-Mu Tuhanku
Tak mungkin terlukis oleh kata-kata
Hanya diri-Mu yang tahu besar rasa cintaku pada-Mu
Ohh tuhan anugerah-Mu tak penah berhenti selalu datang kepadaku
Tuhan semesta alam dan satu janjiku
Tak akan berpaling dari-Mu

Terima kasih ku
Ya Allah pada-Mu
Anugerah-Mu....

Kau sisihkan semua aral melintang
Di hadapanku dan buat terang suluh
Jalan hidupku melangkah....

Lirik lagu: Takkan Berpaling DariMu
Penyanyi: Rossa



Thanks you so much!!
To: You~Know~Who~You~Are~
Really appreciated and u such a thoughfulness :)

Wednesday 18 January 2012

Hadiah from:You~Know~Who~You~Are


Thanks pada yang memberinya.. Satu yang boleh dikatakan disini awak memang alert dan aware dengan ape yang diucapkan. Sememangnya tidak menjangka sampai tahap nie pegi cari dan belikan. Thanks a lot awak!!

Percutian Hujung Minggu...

Untuk pengetahuan semua, nie first time terlibat secara tidak langsung tuk event larian. Macamna terlibat?? Huurmmm atas permintaan seorang rakan. Neway good experience.. really enjoy. Masa trip nie jugak at the same time dapat kenalan baru. Betul kata orang berpengalaman mengenali individu baru akan memberi kita pengalaman berbeza meaning personality individu itu sendiri, pengalaman, latar belakang dan cerita sebalik individu itu sendiri. Apa2pun seikhlas hati saya mmg enjoy ;)
Kepada rakan baru Salam Perkenalan dihulurkan... Nice to meet you and ur family. Diyana and Kakak CANTIK tema kasih atas layanan dan perjumpaan kali kedua nie yang lebey mengeratkan kita. Diyana bolehkan kalau lydia kata kita partner tuk pelari2 terHEBAT (as miss managers) serta partner HOT GOSSIP hehe :p InsyaAllah kalau umur panjang dan ada kesempatan masa kita jumpa lagi.

Banyak aktiviti juga yang sempat dilakukan untuk weekend lepas masa pg KL.. selain beri sokongan pada seseorang dan kenal kawan baru sempat jgk pg umah paktam & maktam dan jumpa adik tersayang seorang tu. Part paling best spend money dkt adik shopping sakan kat Jalan TAR & SOGO :) xpe2 harap2 bertambah lg rezeki d masa hadapan kelak. InsyaAllah...

Jom review pictures yg sempat diambil...

~MIZUNO RUN 2012~




~Paktam yang busy buat keje dgn staff~

Sunday 8 January 2012

Banjir...

Masa perjalanan pulang semula ke Perlis kami hadapi satu musibah kecil... syukur Alhamdulilah nasib bek ada Pak Syed selaku orang berpengalaman dan yang dah biasa dengan jalan tu. Air dh mulai naik dan di pertengahan jalan dah banjir di beberapa kawasan. Huuuhh xtahu nk explain dan express perasaan..nak kata takut tp lebey kepada excited atauteruja hehe maklumla bukan selalu dapat rasa. Aku relax jer as co-pilot cuma risau dgn keta ler mana tau tgh redah air mati enjin aduhhh parahla klau jd mcmtu. Memang betul ler motto keta aku "The Power of Dream" ;) Nie kira cabaran baru bestkannnn... Bila pikir balik nasib bekla keta xjadi apa2.
Jom review beberapa picture yang sempat capture masa lalui kawasan banjir.
Notes: Ada seorang kwn ckp Pak syed br jer kata 2-3hari baru naik air nie baru 2-3 jam dh naik. Niela yang dikatakan Allah lebih Mengetahui dan Berkuasa.. SubhanaAllah.. Allahuakhbar...
Air deras juga masa nie


Kami baru lepas redah air
~Ada yang terpegun melihat dan ada juga yang berpatah balik~

Tinggikan air naik


Percutian 2 Tahun (Part III)

Ke Perlis....
Second day, dari Alor Star bergerak ke Perlis. Kami menuju ker rumah Pak Syed dulu nie kira pg ambik Ketua Security dulu baru leh jalan-jalan. Alhamdulilah even dah lama xjumpa Pak Syed tapi die tetap maintain dan sihat hendaknye. First time pergi berseri, syukur sampai jua di umah Pak Syed. Lepas singgah jap jumpa isteri dan anak-anak dan menantu Pak Syed kami pun minta diri 'PINJAM' jap Pak Syed tuk bawa we all pg Wang Kelian, Thailand.
Otw nak pg sana air dh mulai naik.. penuh air naik di permukaan ladang getang sepanjang jalan, Pak Syed kata 2-3 hari lg banjir ler.
Di Wang Kelian pengalaman yang manis bila mana berjalan dengan orang yang lebih BERPENGALAMAN tu yang menarik... :) Kalau dh sampai kat Wang Kelian apa lagi tunggu shopping time hehe

Sepanjang perjalanan hujan
Suasana di Wang Kelian

Sesi makan
Me and Pak Syed

Model Baju Hujan..

Percutian 2 Tahun.. (Part II)

Memandangkan kesibukan lately nie xsempat nk update blog. Berbalik pada percustian 2 tahun yang hanya sempat upload a few pictures last time hari nie nak sambg berciter plak.
Percutian 2 tahun tu bersempena bercuti pada tarikh tahun yang berbeza Dec 31st 2011 dan Jan 1st 2012. Even xkemana sangat just domestik yer percutian boleh ler jgk dikatakan have fun and enjoyable hehe ;)
Perjalanan bermula pada 4.00 pagi pada hari sabtu then terus menuju ker Alor Star ke Jeti Kuala Kedah. Singgah solat subuh di RNR Gurun. Sebelum ke destinasi Jati Kuala Kedah tu we all sempat ambik kak na dulu our's BODY GUARD.
Tentative yer nak sampai sebelum 7.00 dgn harapan dpt naik 1st yer ferry tp xkesampaian fully booked. Xkisah ler asal dpt sampai Langkawi.
Langkawi:
1. Pg ambik keta dulu di jeti kuah.. luckly dapat sewa keta Nissan Sentra dengan charge sehari RM80.
2. Destinasi pertama Cable Car & Oriental Park. Sempat brunch sekali.. huhuhu xmakan dgn proper for breakfast+xcukup tido sempat ler jgk rs mcm nk pengsan. Nie kisah lucu antara kami jer yg taw :p yang penting Rabbits menambat hati & luka hehe
3. Destinasi seterusnya, Beras terbakar kat sini shopping time beli kain batik+kain pelikat tuk parents. Siap singgah makan laksa kedah dan bihun sup mantop!!
4. Bergambar and cuci mata di Marina Bay...
5. Bergerak ke Chocolate Shops... dalam nk mencari lokasi betul2 tu sempat jgk singgah di gerai org jual karipap tuk bertanya. Masa kat sini terasa terliur tgk adik+makcik tu dok gentil karipap hehe Shopping dkt 2-3 buah kedai yg ada selain window shopping. boleh lepas shopping patah balik cr kedai karipap sebab nk beli tapi sedey sbb xkesampaian org jual xde :( kempunan sampai balik Penang dibuatye hehe
6. Last destination dataran helang. Sebelum itu, singgah makan laksa lagi and minum-minum. Masa kat sini driver dan selain yer dh xlarat/letih so aku jer turun and ambik gmbr di dataran dan sempat beli fridge magnet.
7. We all balik ke kuala kedah naik last yer ferry pukul 7 malam... dan bermalam di Alor Star.
~Tamat sudah percutian sehari di Langkawi~

Geng yang bersama-sama bercuti. Memang jodoh kita berempat tuk bercuti bersama BEST sgt dgn kalian semua.

Jeti Kuala Kedah, Kedah
Cable Car

Oriental Park

Kawasan Beras Terbakar

Marina Bay


Tuesday 3 January 2012

2 Tahun Holiday....

Layan jer pictures dulu nanti ada mood baru citer panjang lebar psl holiday baru nie. Banyak cite yg menarik nk share...
Neway Good Nite Everyone ;)