Islamic Clock

Asmaul Husna

Pages

Total Pageviews

Powered by Blogger.

Wednesday 16 May 2012

Salamun An-Nisaa >> Nur Almira Sofia

Tarikh 12/5/2012 genap sudah usia Nur Almira Sofia duabelas hari. Baby ada kuning cikit but still undercontrol. Niat di hati dah lama disimpan sejak 9 bulan yang lalu maka bila dah tiba masanya harusla kita tunaikan niat tersebut. Abang dah berniat hendak lakukan Aqiqah untuk anak yang bakal dilahirkan so kami sepakat tuk lakukan pada tarikh yang telah disebutkan.

AQIQAH
Aqiqah pengertian dari segi bahasa ialah rambut dikepala kanak-kanak. Sementara pengertian aqiqah dari segi syara ialah binatang yang disembelih pada hari mencukur rambut bayi.
Aqiqah sebagai ibadah yang telah disyariatkan oleh Allah s.w.t. sebagaimana penjelasan Rasulullah s.a.w. dengan sabdanya yang bermaksud:
"Setiap anak yang lahir itu terpelihara dengan aqiqahnya yang disembelih untuknya pada hari ketujuh (daripada hari kelahirannya), dicukur dan diberi nama."
(Riwayat Abu Dawud, al-Turmuzi dan Ibnu Majah)
Ibnu Majah menerangkan maksud "... terpelihara dengan aqiqahnya..." (pada mafhum hadis diatas) adalah bahawa aqiqah itu sebagai sebab yang melepaskan kanak-kanak tersebut daripada gangguan syaitan yang cuba menghilangkan daripadanya melakukan kebaikan.

Disunatkan menjalankan ibadah Aqiqah pada hari ke 7, 14 dan 21 sekiranya tidak kesempatan maka lakukanlah pada bila-bila masa sebelum bayi itu baligh.

TAHNIK
Pada majlis ini, hanya keluarga terdekat yang dijemput serta lebih kurang 40+ jemaah masjid dan surau hadiri majlis tahlil serta doa selamat sebelah pagi. Kemudian disusuli dengan upacara belah mulut (tahnik). upucara ini adalah sunat menurut islam dengan tujuan untuk melazimkan bayi membuka mulut dengan mendapatkan ganjaran benda manis serta melancarkan percakapan anak kecil selain mengetengahkan anak kecil itu agar kelak selalu berkata manis dan benar. Sunat juga upacara ini disempurnakan oleh ahli ulama atau orang yang dianggap soleh.
Syukur kenduri semuanya berjalan dengan sempurna...
~Prof.Dr. Haji Hashim~
Imam serta sahabat Tok Papa




Maktok jalankan tanggungjawab sempurnakan cukur jambul baby
~Dah tak rambut die...~
*Gaun tu yang cantek

No comments:

Post a Comment