Islamic Clock

Asmaul Husna

Pages

Total Pageviews

Powered by Blogger.

Thursday 17 May 2012

Maktok tersayang telah pergi temui Ilahi...


~Perginya tak akan kembali lagi~
Tanggal 15/5/2012 merupakan hari yang akan kami semua jadikan memori memperingati pemergiannya Maktok meninggalkan dunia ini. Sedih serta sebak sudah pasti. Banyak kenangan arwah bersama kami semua sebagai cucunya. Budi serta jasa maktok juga mungkin tidak terbalas hingga akhir hayatnya. Banyak sudah pengorbanan beliau demi keluarga. Di akhir hayat maktok sakit kencing manis, darah tinggi serta jantung telah menyebabkan arwah hadapi penderitaan. Arwah sejak beberapa tahun lalu sudah tidak mampu berjalan serta berkata-kata seperti normal. Arwah kakinya sebelah terpaksa dipotong sehingga di pangkal lutut.
Siapa sangka dulu maktok yang banyak bercakap/berleter orangnya serta cergas boleh menghadapi keadaan seperti ini. Inilah yang dikatakan takdir Ilahi. Semuanya adalah rancangannya tiada sapa tahu. Allahuakhbar...
Arwah kalau dikalangan keluarga atau sedara terdekat selalu akan kenang akan kuih muihnya yang sedap lagi enak. Maktok merupakan Mak yang membesarkan anak-anaknya dengan menjual kuih di kampung. Yang sudah pasti kuih paktok ko serta bengkang pandan akan aku rindui. Dulu masa arwah masih sihat cakap jer nak makan pe pasti maktok akan masakan atau buatkan. Air tangan maktok memang tiada tandingan.
Makanan kegemaran arwah adalah pulut durian. Musim durian jer pasti rumah maktok penuh dengan buah durian serta akan dimasaknya pulut durian bersama kuah. Maktok kalau ditegur pasal makan manis serta makanan feveret die selalu akan kata " Takpa kalau dah sakit nanti makanla ubat, lagipun masa boleh makan nie makanla nanti sakit mana boleh makan". Anak-anak mana sanggup nk catu makan seorang mak xpela diturutkan sahaja. Tue kisah makan tapi kisah minum plak kopi O sehari satu jag serta air sirap..
Selain makan dan minum paling aku ingat semua orang suka masakan maktok. Kalau adik beradik jauh balik pasti akan call umah maktok cakap nk datang makan. maktok akan siapkan makanan serta jemputla kami semua datang makan sama. Arwah maktok nie pemurah orangnya. Itulah yang disebut oleh rata-rata orang yang ziarahi die kemarin. Suka buat kenduri dan makan-makan.
Masih terngyiang-ngyiang suara maktok ceritakan mcamna kehidupan die masa membesarkan anak-anak serta asal usul kami semua (nenek moyang kami).
Kalau bab aku masa kecik-kecik xyah rahsiala dengan maktok sebab aku antara cucu yang die dibesarkan di rumah die. Kami tinggal dengan arwah sehingga aku berumur 4-5 tahun. Aku kalau sembang dengan maktok sure die akan sentuh bab aku masa kecik2 huhuhu... Honestly aku terhutang budi dengan maktok. Terima kasih maktok atas segala-galanya... (* tiba-tiba air mata menitis... serius sedey dengan kehilangan maktok)

InsyaAllah maktok lydia akan sentiasa doakan serta sedekahkan ayat-atay Al-Quran tuk maktok. Semoga maktok dicucuri rhmat serta tenang disana. Ameenn
AL-FATIHAH....
In Memory Khatijah Bee Binti Long




~Kenangan bersama arwah tokwan di hadapan rumah maktok~
*Rumah terakhir arwah tinggalkan sebelum perginya ke rumah yang kekal.
~Di rumah maktok masa kecil bersama sepupuku yang len~
Dari kiri: Aku, abang, abang khairal dan Jefry
~Kenangan bersama semasa aku graduated MBA~
~3 generasi bersama atas platform berkongsi bersama rasa kegembiraan~



4 comments:

  1. sedih nya k.lydia...yg pulut durian dgn kopi tu i xboleh lupa..

    ReplyDelete
  2. I xnak u sedey2 lagi lepas baca entry I nie.. I harap kita semua boleh doakan serta sampaikan ayat2 Al-Quran tuk arwah maktok. Jadikan semua kenangan itu sebagai memori paling mahal dalam hidup kita. Bila terkenangkan arwah doakanla tuk maktok itu akan lebey menenangkan arwah disana.. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  3. dear..be strong owkehhh..
    cher teka..sapa d siniiiiiiii
    :p

    ReplyDelete
  4. **Best friend yang telah diiktiraf hehehe
    InsyaAllah saya Alhamdulilah ok jer disini.

    ReplyDelete