Islamic Clock

Asmaul Husna

Pages

Total Pageviews

Powered by Blogger.

Wednesday 29 February 2012

Tidak Seindah Biasa....

Sebuah kehidupan yang penuh dengan cabaran dan dugaan.
Sebuah kehidupan yang penuh dengan kesabaran.
Sebuah kehidupan adalah sebuah perjalanan kita diakhirat kelak.
Sebuah kehidupan adalah misteri  yang hanya Allah SWT ketahui.

"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar." - [Al-Baqarah 2:155]

Bila diuji, bersabarlah wahai hati.
Musibah datang dalam pelbagai cara. Musibah dan ujian merupakan tarbiyah daripada Allah bagi mereka yang celik hati dan akalnya.
Menerima ujian dari-Nya dengan hati yang terbuka, berlapang dada dan kembali muhasabah diri, memperbaiki kelemahan diri dan meningkatkan lagi amalan seharian..InsyaAllah :)

Bersabarlah wahai hati, sesungguhnya Allah bersama dengan mereka yang sabar dan beriman kepada-Nya.

Saturday 25 February 2012

Beautiful Memory....

Tersenyum dibuatyer bila nak create title tuk entry nie.. hurmmm nak cari ayat ape yang sesuai. Kehilangan idea atau ekspresi tuk entry nie sebab setiap apa yang dilakukan oleh (you-know-who-you-are) sangat meaningful. Bukan entry nie jer beautiful memory tapi semua yer beautiful hehe Tak pela as long as I know how it's meaningful to myself dah kira ok kot. Tengah dengar lagu (Hero-Mariah Carey) sambil update entry nie macam kenala pulak kan.

Kalau nk ucap thanks a lot/thank you dah banyak kali dan selalu dah diucapkan... diharap (y-k-w-y-a) understand how much I really appreciated it. Ingatan pada saya dah cukup besar maknaye berbanding dengan what you have done.

Again **Thanks a lot awak....

Sabah Souvenir

Souvenir dari Upsidedown house
Total price tuk souvenir nie RM32.70 hehe
Terlupa nak buang herga ler tu awak :p

Sabah items

Souvenir dari Langkawi
My favorite choc

Kenangan yang terindah dalam kerjaya...

Me and my students..

with Kak Huri (officemate)






CSR Program at GH, Penang 2011
Course: Business Communication

~Pediatric Ward~
Lovely boy
Kenangan bersama nurse yang bertugas di Wad Kanak-kanak GH, Penang

Kegemilangan event 19hb February 2012

TAHNIAH!!!!!!!
Pertama sekali syukur ke hadrat Ilahi dengan izinNya event yang telah dirancang dan diusahakan sejak beberapa bulan lalu telah berjalan dengan lancar walaupun ada beberapa masalah teknikal di sebelah pagi. Ucapan thanks a million kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung bagi memastikan event nie direalisasikan dengan jayanya. Ucapan tidak terhingga kepada semua pelajar yang terlibat iaitu pelajar UiTM, Diploma Pengurusan serta Diploma Sumber Manusia yang telah bersungguh-sungguh menjalankan tugas serta tanggungjawab yang telah diberikan. Di kesempatan ini, secara peribadi dan jujurnya sebagai pensyarah I really *PROUD dengan prestasi serta usaha yang telah anda semua berikan untuk event ini.  Tahniah juga diucapkan kepada para pensyarah yang telah bertukus-lumus Puan Idayu, Cik Hafinas serta diri saya sendiri (*boleh kot ucp tuk diri sendiri hehehe).
Setiap usaha serta pergorbanan masa serta kewangan yang telah dikorbankan pada saya ia amat BERBALOI dengan kejayaan yang telah kita perolehi.
*** Personally tuk my family and (you-know-who-you-are) thanks a lot ats support and understanding :)
Jomm review pictures yang sempat capture pada hari tersebut.

Majlis perasmian tertangguh ada BOM TRACK

Anjing yang bijak telah selesai sudah tugas yer :) Comel

Fesyen show dari pelajar-pelajar ICT
*bakal model dan bakat yang telah dicungkil

Tarian tradisional dari Persatuan Kebudayaan ICT

Nama-nama syarikat yang menawarkan vacancies

Me and Prof. Zainal Ahmad
Selepas selesai beliau beri talk

Saturday 18 February 2012

Big Day (Feb 19th)

Menghitung hari demi hari finally less than 24 hours akan berlangsungnya event tuk students di Dewan Seri Pinang. Memandangkan keadaan tidak menginzinkan untuk panjang lebar bercerita so you all layan jer dulu pictures antara persiapan yang telah dilakukan. Semoga program akan berlangsung dengan smooth dan jaya yer..InsyaAllah dengan izin-Nya ;)

~Menggantung Banner di Dewan Mutiara, ICT~

~Persiapan sebelum memasang banner di sebelah Sebarang Jaya~

~Persiapan terakhir sebelum mengedar kad jemputan untuk para pensyarah ICT~

~Kad Jemputan~

~Unit Kewangan dan Penerbitan dibawah seliaan saya~

~Opppss nie pun Unit Cenderamata still bawah tanggungjawab saya~

~Bunga untuk meja VIP serta Meja makan VIP~

~Khusuyuk sunguh wrapping hamper. Tunjuk contoh jer satu yang lain student buat hehe~


~Bekerjasama membawa berkat bak kata wonderpet~
Semua pihak terlibat dalam membuat persiapan program ini pensyarah serta student berganding bahu bersama-sama. Untuk mereka yang berkesempatan hadir pada program nie di Dewan Sri Pinang pada 9.00pagi hingga 5.00 petang kehadiran anda amat dialu-alukan. Pelbagai aktiviti bakal berlangsung antaranya 2,000 jawatan kosong akan ditawarkan oleh 20 majikan dari organisasi besar yang menanti anda. Selain itu, taklimat akan diberikan oleh pihak-pihak yang pakar dari industri berkaitan dengan HR mengenai HR Awareness dan 50 ke atas hadiah cabutan bertuah akan ditawarkan.

Tempat: Dewan Sri Pinang, Pulau Pinang
Masa: 9.00 pagi hingga 5.00 petang
Anjuran: Pelajar-pelajar ICT
Kerjasama dengan Jabatan Tenaga Kerja, Georgetown

Friday 10 February 2012

Salam Maulidur Rasul..

Syukur Alhamdulilah ke atas hadrat Ilahi atas segala kurnia yang telah engkau limpahkan....
Walaupun agak terlambat untuk mengucapkan salam maulidur rasul dan entry, hopefully masih lagi ada mood maulidur rasul. Sebenaryer bukan perlu tuk ada mood tu bila tiba tarikh/hari maulidur rasul saja tetapi perlula kita memupuk rasa sayang dan mengingati Rasullulah sentiasa dan disemat dalam hati dan jiwa.
Al~Kisahnya...
Since kebelakangan ni, antara buku yang dibaca dan menjadi teman diri adalah mengenai srikandi islam seperti Siti Sarah, Aminah dan Fatimah. Dari kisah mereka sudah pasti ada kaitan dengan Rasullulah.
Nabi Muhammad S.A.W. telah diputerakan pada 12 Rabiul Awal. Kelahiran Baginda telah membawa berkat dan rahmat untuk sekelian alam. Cahaya hidayah telah terpancar di segenap alam.
Alhamdulilah dari buku AMINAH yang dibaca pengalaman bonda kepada Baginda mengandung hingga melahirkan Baginda merupakan pengalaman yang amat luar biasa dan ia tentunya datang dari anugerah Allah S.W.T Tersentuh hati dan sayu bila dikenangkan. Sukar untuk dijelaskan.
Kenyataan yang menarik dan menyentuh hati:
Datangye satu cahaya, sungguh indah dan permai jiwa tatkala memandangnya, tiba-tiba Aminah terkesima melihat anak kecil yang baru dilahirkan itu. Hatinya berbolak balik. "Benarkah ini anak saya? Mengapa saya tidak merasa sakit walau seidikit pun saat melahirkannya?". Aminah masih terkejut apabila melihat bayi yang sangat sempurna. "Belum pernah saya lihat keindahan yang sedemikian. Sungguh dia adalah bayi yang sangat sempurna."
Bayi itu sedang dalam keadaan meletakkan kedua-dua tangannya di tanah dan kepalanya terangkat ke arah langit. Aminah berseru dengan bahagiannya, "Ini adalah Cahaya! Dia adalah Cahaya! Cahaya!
Fakta: Nabi Muhammad S.A.W
Bapa~ Abdullah bin Abdul Mutalib (keturunan Bani Hasyim)
Bonda~ Aminah binti Wahab
Ibu Susuan:
1) Suwaibah (sekali  sahaja menyusu)
2) Halimatun Saadiah (menyusu,menjaga dan memelihara Nabi S.A.W sehingga usia 5 tahun)
Datuk~ Abdul Mutalib bin Hasyim

Atas rasa ingin mengetahui lebey mendalam Sirah Nabawiah kebetulan Mr A telah berkunjung ke pesta buku last weekend so suruh carikan buku sri kandi Rabiatul Adawiyah pada mulanya tetapi memandangkan xde rezeki so minta Mr A carikan buku Sirah Nabi. Alhamdulillah dapat. Thanks awak... :) Actually ada dah beberapa buah buku cuma tidak memenuhi jangkaan diri nie sebagai pembaca. Secara ringkas to simple explaination serta hujahan penulisan.
Hopefully perkongsian ini dapat memberi rasa nilai kasih pada Rasulullah. InsyaAllah...
~Tajuk Buku: Aminah~


~Sirah Nabi~
Belum sempat nak baca lagi...

Sebelum itu, thanks to (you~know~who~you~are) atas pemberian gift yang sangat cute and bermakna nie. Akan saya jaga elok-elok yer ;)




Sunday 5 February 2012

It's All About Baby...

Suka dimaklumkan saya rasa weekend atau cuti nie hari BABY sedunia... Pergi mana-mana mesti mengenai baby atau berkaitan hal-hal baby. Tidak ketinggalan Siti Zanariah dah selamat bersalin baby girl.. Alhamdulilah semua selamat cuma die ada cikit complication. Semoga Ct cepat sihat dan sembuh. Tahniah buat Ct dan suami...
Bermula dengan pictures dibawah...


~5 pasang baju and 6 set stoking~
Comey kan :) niela hasilyer bila pergi singgah butik baby tanpa tujuan. Agak-agak boleh tak simpan tuk masa hadapan yang panjang... Beli siap-siap hahaha :p Adoiyai tu namayer merepek nonsense. Actually this one for anak saudara yang bakal lahir bulan 5 inadvance gift. Aunty yang lebey excited plak kan... ;) Mama die relax jer...

Next pictures taaaraaa...


~Hadiah for Marsya~
Nie plak hadiah for besday girl. Nasib bek kat ToysRus tak tergoda dengan barang baby. I need someone to control myself purchase baby item next time... Even went I'm back at home mama dah pesan next time tak yah lagi beli actually mama pun dah beli jgk. Camna nie semua orang sama naik dok beli... hehehe :)

Lastly untuk entry nie jom review pictures baby tuk weekend nie...



Saturday 4 February 2012

Happy Birthday Little Princess Marsyha

Syukur Alhamdulillah ke hadrat Ilahi semua yang dirancang berjalan dengan lancar...
Bermula dengan karnival sukan di Bukit Jambul Complex di sebelah pagi hingga pukul 2pm. Masa aktiviti bermain berjalan sebagai pemain ada la kisah-kisah lucu dan manis. Apa-apa pun have fun and enjoy sambil senaman ringan, Berpeluh-peluh jugak main angkat bola bowling yang berat tu. Aktiviti ini mengeratkan lagi hubungan pelajar dengan staffs ICT terutama sekali among the lecturers. Tahniah kepada pihak penganjur atas menjayakan majlis seperti ini. Ini merupakan kali kedua atau lebih tepat tahun kedua. Group we all tetap tidak menag-menang jgk hehe ;)

Next pergi queensbay mall plan yer nak cari hadiah tuk bestfriend yer anak (birthday girl). Last survey punyala survey berkenaan gift di Toys R us. So make decision then paid and finally wrapping. Settled satu chapter... Lepas itu menuju ker Border Book shop, mencari sesuatu dapat memang dapat cuma niat tu tidak kesampaian sebab benda yang dicari tu dalam banyak-banyak tidak jumpa sebijik macam yang dicari. Mungkin stock tuk panggilan/nama tu dah abis... nama lain ada ler :( dah xde rezeki mungkin. So cari alternatif len Alhamdulilah selesai jua bab ke-2...

Kemudian selepas solat asar bergerak plak ke KFC Sunshine attend besday party Marsyha (bf yer anak). Kalau ikut jemputan saya sepatutnya pergi dengan seseorang tapi memandangkan keadaan tidak menginzinkan insyaAllah next time... Jom review pictures LITLLE PRINCESS MARSYHA...

HAPPY BIRTHDAY ke-2 ;)









Happy Birthday Abang....

Dalam family abang merupakan 1st person yang menyambut hari lahir die (3rd February 2012)... cuma tahun nie agak special dari tahun sebelumnya sebab abang bakal menimang cahaya mata pada bulan 5 kelak.. InsyaAllah dengan izinNya. Sekejap jer dah nk jadi BAPA orang. Ingat lagi masa kecik-kecik abang adalah teman mesra ku. Mana tidaknya tido sebilik katil sebelah-sebelah selain tu kami jer berdua sebelum muncul yer adik bongsu. Kenangan yang tidak akan dilupakan abang suka buli and mengusik.
So diharap dengan usia 32 tahun kematangan akan membawa satu pegertian serta perjalanan hidup yang lebih sempurna dengan izinNya.. Semoga dengan kedatangan ahli baru dalam keluarga kita and semestinya pada bulan May menambah sebiji kek lagi memberi kebahagiaan kepada seluruh keluarga. Abang u r only Bro that I have in this world... I Love You So Much ;)

Wishing an amazing day and many great things to come to a wonderful person like you ABANG.
Happy Birthday.



Super Busy....

Good Morning everyone!!!

First week February berjalan dengan cepat masa alih-alih tengok dah Jumaat... Sekarang bahang kesibukan tuk event dah mulai terasa. Students pun hadapi benda yang sama... Kerisauan pun ada jugak terdetik akan berjalan lancar atau tidak pada hari event x nanti. Semoga atas segala usaha yang telah dicurahkan akan menghasilkan sesuatu yang terbaik setimpal dengan usaha yang diletakkan. Ok untuk menaikkan semangat serta memberi penghargaan kepada students telah di create kan satu album khas untuk event di personal FB account LJ. Album akan di update dari semasa ke semasa sehingga selepas beberapa hari event berakhir. Antara persiapan awal yang students lakukan review pictures di bawah...