Islamic Clock

Asmaul Husna

Pages

Total Pageviews

Powered by Blogger.

Friday 23 March 2012

The Moments of Happiness....

Kerna stressful dengan keadaan surrounding maka aku "CUTI"kan diri sendiri today... lepas tu tuk hilangkan rs stress review balik pictures yang pernah beri kenangan terindah baru rasa dalam kehidupan nie still ada kebahagiaan cuma dalam keadaan sekarang tidak seperti yang dikehendaki. Lumrah alam dan kehidupan actually normal as human being. Jom review pictures yang beri senyuman bila di kenang semula... :))







"Happiness always looks small while you hold it in your hands,
but let it go, and you learn at once how big and precious it is."
"Remember, happiness doesn't depend upon who you are or what you have, it depends solely upon what you think."

Monday 19 March 2012

Rencah Kehidupan...

Assalamualaikum dan selamat tenghari semua...

Wahhh macam penuh kesopanan dan adab :) tapi itula ajaran yang sebaikyer kita aplikasikan dalam cara hidup kita seharian. Alrite nothing much that I can write now just rasa rindu nk bercerita kat sini. Life lately nie as usual keje memang xabis, ada jer benda kena buat, task baru nk kena pg marketing assist staff marketing dan sebagainya. Personal life hurmmm menarik dan tertarik tu jer comment yang ringkas dan padat yer hehe

Memang betul la org tua-tua cakap hidup kadang-kadang indah dan kadang-kadang sebaliknya ATAU yang jarang kita dengar hidup selalu tidak indah dan kadang-kadang indah (nie special case). Tapi yang selalu jarang berlaku tu yang sangat unik dan nikmat di belakang hari lebey manis dari HONEY. Mana tidak yer kesedihan mendahului dari kegembiraan. Tuala yang dikatakan NIKMAT. Well for me, laluila kehidupan dengan penuh nikmat serta jalani jer walau apapun situasi yer.... ;)

Allah sentiasa ada bersama diri nie walau dimana saja...  Bila sebut pasal kata orang tua-tua tadi nie masa lunch ada seorang teman tegur cakap lydia nie selalu saya perhatikan makan dengan teliti serta kemas.. Ustazah saya cakap kalau orang yang makan cam gini bakal dapat suami soleh. Haaaa... jawapan yg spontan yang terkuar serta muka terkejut... Lpeas tu terus ucap Aminnnn kalu betul mcm awk cakap tu. Anyway first time dengar.. xpela memandangkan doa yang baik tu so boleh ler terima tapi dengan syarat jgn terlalu taksub plak len plak niat nanti.

Ok kepada semua students ICT yang sedang menjalani Final Exam, Good Luck and do the best!!!

Wasalam...


Rindu moments macam nie... :(



Thursday 15 March 2012

Dinner 'Looking Foward For The Brighter Future'


Agak lewat tuk entry dinner nie...
Super busy last 2 weeks sebab dengan holiday, dateline final exam ? paper nak abiskan silibus serta buat extra class (revision). Alhamdulilah life busy tu dah berlalu and everythg goes well.. dapat diatasi dengan :D
Ok berbalik pada entry nie memadangkan kejayaan menjadi organiser tuk event dengan usahasama JTK Georgetown serta sokongan sponsorship Alhamdulilah kami masih mempunyai peruntukan baki kewangan. Maka dengan itu kata sepakat selepas musyawarah decision yang dicapai adakan dinner bersama pelajar, pensyarah serta pihak-pihak yang terlibat secara langsung dan tidak lansgung.

Date: 8 March 2012 (Khamis)
Tempat: Restoran Sri Idaman, Teluk tempoyak
VIP: Pendaftar ICT, Encik Abdul Halim
Pemandangan di restoran Sri Idaman
~Tepi laut jer~

Antara Menu ye...
Menu:
Ikan bakar, Ikan steam, Ketam masak cili, Kepah masak lemak/cili, tomyam campur, kerabu mangga, sayur kailan masin, sotong goreng tepung, air tembikai dan jus oren serta buah orange and tembikai.




Sunday 11 March 2012

Imam Muda Nazrul...

Sempena majlis Restu Kasih yang dianjurkan oleh MPP (ICT) pada hari khamis minggu lepas bagi memeriahkan lagi majlis serta program Imam Muda Nazrul telah dijemput untuk memberi ceramah selepas majlis solat zohor dan bacaan Yassin.
Tahniah kepada MPP serta AJK yang terlibat bagi menjayakan majlis penuh keberkatan ini. InsyaAllah perbanyakkan lagi program seperti ini di masa hadapan. Semoga kupasan berkenaan tajuk ceramah: Remaja dan Akidah memberi kesedaran serta perkongsian berguna buat semua yang hadir. Selain itu, ia menjadi peringatan kepada yang sudah faham dengan apa yang disampaikan oleh ustaz.
Sekali lagi TAHNIAH!!! untuk semua yang terlibat walaupun anda sebagai audien :)

Istana Maimun Medan...

Destinasi menarik hari kedua....

Actually kalau ke Medan selalu jer lalu depan istana ni. Istana nie terletak betul-betul di main road kota medan so for sure akan nampak dengan jelas dari jauh. Ada kisah menarik serta menjadi bualan penduduk tempatan di Medan. Bermula dengan kisah yang menjadi tanda tanya pada diri nie which is kata rakan disana dari masjid raya dan istana maimun ada jalan bawah tanah (jalan rahsia) yang menghubungkan kedua-duanya. Jalan tersebut digunakan bagi tujuan keselamatan penghuni Istana Maimun iaitu pemerintah terdahulu sebelum adanya kerajaan sekarang.
Misteri yang masih belum mendapat jawapan kepada kepastian menurut kata orang (word of mouth) terdapat seorang puteri dari kerajaan lama telah meyumpah diri sendiri menjadi ular. Ini berlaku atas sebab puteri tersebut ingin menolak pinangan dari Negeri China sebagai tanda protes. Puteri tersebut dikenali Puteri Hijau. Disebabkan itu, kakanda beliau yang menyayangi adik perempuan juga telah melakukan perkara yang sama. Kakanda yang pertama kerna ingin melindungi adik perempuan di darat telah menyumpah diri menjadi Meriam yang terletak di istana itu juga (kawasan taman istana) dan seorang lagi ingin menjaga di air telah menyumpah menjadi Naga.
Kasih dan sayang pada Puteri Hijau menyebabkan kedua-dua mereka berkorban demi puteri tercinta (adinda mereka). Kenapa Meriam dan Naga??? Ular merupakan binatang dua alam maka perlula mereka melindungi di dalam air serta di darat. Kedua-duanya merupakan senjata serta simbol kekuatan paling berkuasa pada zaman mereka. Tapi secara jujur puteri hijau nie memang cantik macam puteri di dalam cite lama-lama. Rambut ikal mayang, lemah lembut dari gaya perwatakan muka (facial expression) dll. Cuma di istana nie ada sebuah bilik yang mana katanya selepas tampuk pemerintahan bertukar kepada kerajaan sekarang bilik tersebut tidak penah lagi dibuka sbb ada misteri disebaliknya.
Walau apapun, suka sangat dengan architecture istana nie. Ciri-ciri istana melayu lama dapat dilihat dengan jelas. Kekuranganya tiada info yang dipamerkan serta kurang dari segi panduan kepada pelancong yang datang. So kesimpulannya kasih sayang adik beradik tak dapat putus seperti perumpamaan xkan putus kalau air dicincang...






(** Nape motif color hijau dan kuning building nie?? Jwpn: sebab nama puteri bagi pemerintahan ini Hijau dan Kuning agak-agaknya la tafsiran diri sendiri hehe :p)

Merdeka Walk Medan...

First nite di Medan belum sempat lagi balik rumah dari airport kami terus berjalan dengan bakal pengantin serta adiknya.. Sebenaryer bakal pengantin ambik peluang dan diri nie dijadikan alasan yang kukuh tuk mereka berjumpa dan kuar.. takpe aku faham keadaan tu hehe anak dara yang bakal kawinkan darah manis masa nie. As long as kuar berteman lebey dari seorang kan lebey afdal. Neway agak lewat jgk kami balik umah dengan perut yang sangat penuh kenyang sangat. Just jalan-jalan kota medan di malam hari view berbeza la dari siang hari. Kami lepak dekat Merdeka Walk saje pun selepas dinner di Setia Budi.



~Niela bakal pengantin~
Adi & Ina

~ Me and Zhilly *Arkitek Muda~

Saturday 10 March 2012

JJCM @ Medan...

Alhamdulillah dengan limpah kurniaNya kehidupan ku dilalui dengan rasa penuh syukur dengan segala nikmat yang diberikan...
Minggu lepas telah selamatnya pergi dan pulang dari Medan. Ada kisah tersendiri atas pemergian diri ke sana apa-apa pun semuaye ok dan dengan satu tujuan tuk ambik angin lain serta rindu dengan kota medan. Lagi-lagi rindu dengan makanan kat sana even in Malaysia ada cuma taste tu different dengan sana as original place the food made. Holiday yang singkat tapi sangat pack and enjoyable... Some of my friends dieorang xsuka pg Medan reason kurang selesa environment sana. But for me 'Masuk kandang lembu mengembu, masuk kandang kambing mengembik' hehehe baru ada adventure :p
So first entry nie jom review selection foods yang sempat dinikmati....







Friday 9 March 2012

Mentari pasti muncul selepas gerhana.....

Sebenarye banyak benda yang nak diupdate di blog cuma memadangkan kekangan masa serta kesibukan membuatkan diri nie tak ada kesempatan. Neway berbalik pada tujuan update pada waktu nie dimana orang lain sedang nyeyak tido adalah untuk berkongsi bersama sesuatu yang valued to myself as personally. Bukan harta, kewangan atau yang dikejar oleh orang lain. Just simple but huge meaningful...
Maybe akan ada yang tidak nampak secara jelas tetapi perlu diperhalusi.
So al-kisahye dimana berlaku pegorbanan dari seseorang yang berkehendaki menjaga pergaulan bukan muhrim serta padangan keluarga serta orang lain ke atas dirinya serta ke atas diri saya sendiri. Sebenarye saya ada berkongsi dengan seorang rakan mengenai situasi tersebut dan jawapan serta respon ia berbeza dan ia bukan jawapan serta respon yang sama telah dilakukan oleh seorang teman yang melakukan pegorbanan tersebut. Mungkin tidak semua orang mampu lalui dugaan/ujian tersebut.... Actually I really appreciated it and rs sgt lucky to meet this person. Alhamdulilah syukur!! Bak kataye Allah ada rancangan lebih besar dan indah dari ini sama tahu?.. InsyaAllah dengan izinNya :) Terus terang tiada sedikit pun rasa kecik hati atau tidak tenang malahan rasa bangga dengan tindakan tersebut :) Semoga apa yang berlaku akan menjadi kenangan yang terindah...

(** maybe yang membaca tidak faham apa yang berlaku so biarla RAHSIA itu hanya tuk kami)


Oh Tuhan anugerahMu
Tak pernah berhenti,
Selalu datang kepadaku,
Tuhan semesta alam,
Dan satu janjiku tak akan berpaling dariMu....

Wednesday 7 March 2012

Food testing...

Sri Idaman Restaurant,
Teluk Tempoyak.




We all (*Cik hafinas and saya) order serta indirectly test food kat sini samada sedap ker tidak. Planning nak buat majlis untuk semua AJK, students serta pensyarah terlibat dalam events yang telah berjaya dianjurkan bersama. Insya Allah kalau diizinkan Allah malam esok akan berlangsungnya majlis MAKAN MALAM bersama.

Tuesday 6 March 2012

Thanks a $MILLION...

Weekend baru nie dh membawa diri terbang ker negara seberang angkara merajuk dgn anai-anai... huhu :P boleh ker alasan tu diterima?? just joking. This week agak special coz both of us tiada di Bumi terCINTA Penang. Masing-masing outstation...
So as usual (you-know-who-you-are) tidak penah lupa tuk diri nie.. nie evidence yang menyatakan secara tidak langsung his always remember me ;) Apa-apa pun thanks for the lovely and cutest chocalates. Other else, tq for the stamps and popcorn too.

~Sourvenir from JB-Singapore~

<3 <3 <3

Thursday 1 March 2012

Ini bukan cite kerna Mulut Badan Binasa....

Yurpp betul update kali nie pasal **Kerna binatang kecik harta benda binasa.. :(
Dugaan memang pasrah dengan ketentuanNya dah mungkin rezeki aku bersama koleksi tersayang selama sekolah rendah berakhir pada tarikh 29 Mei 2012.. titik peluh duit sekolah tu. Sanggup makan tuk cukup perut rs terisi dan baki simpan tuk beli setem. Hobi nie since dari Tokwan yang suka buat koleksi. Sedey dan kecewa tuk aku harap dpt simpan selama yang mungkin. Actually ada 2 buku setem besar 1) National collection and 2) International. Antara dua tu paling value kalau dijual sure National sebab koleksi paling lama 1926 dan setem sebelum merdeka lagi. Jumlah koleksi about 700++.
Tak nak la cite panjang lebar sebab hati tengah sensitif sangat huhuhu.. Tidak tergambar mcmna remuk yer hati melihat koleksi setem musnah.

So review jer dulu pictures kemusnahan yang telah aku terima.... nie collection international jer yg blh lg disimpan bakiye.. for national 100% xde dah rupa setem huhuhu




~Nie jer yang tinggal xsampai 150~
Dari koleksi International jer ;(