Islamic Clock

Asmaul Husna

Pages

Total Pageviews

Powered by Blogger.

Sunday 11 March 2012

Istana Maimun Medan...

Destinasi menarik hari kedua....

Actually kalau ke Medan selalu jer lalu depan istana ni. Istana nie terletak betul-betul di main road kota medan so for sure akan nampak dengan jelas dari jauh. Ada kisah menarik serta menjadi bualan penduduk tempatan di Medan. Bermula dengan kisah yang menjadi tanda tanya pada diri nie which is kata rakan disana dari masjid raya dan istana maimun ada jalan bawah tanah (jalan rahsia) yang menghubungkan kedua-duanya. Jalan tersebut digunakan bagi tujuan keselamatan penghuni Istana Maimun iaitu pemerintah terdahulu sebelum adanya kerajaan sekarang.
Misteri yang masih belum mendapat jawapan kepada kepastian menurut kata orang (word of mouth) terdapat seorang puteri dari kerajaan lama telah meyumpah diri sendiri menjadi ular. Ini berlaku atas sebab puteri tersebut ingin menolak pinangan dari Negeri China sebagai tanda protes. Puteri tersebut dikenali Puteri Hijau. Disebabkan itu, kakanda beliau yang menyayangi adik perempuan juga telah melakukan perkara yang sama. Kakanda yang pertama kerna ingin melindungi adik perempuan di darat telah menyumpah diri menjadi Meriam yang terletak di istana itu juga (kawasan taman istana) dan seorang lagi ingin menjaga di air telah menyumpah menjadi Naga.
Kasih dan sayang pada Puteri Hijau menyebabkan kedua-dua mereka berkorban demi puteri tercinta (adinda mereka). Kenapa Meriam dan Naga??? Ular merupakan binatang dua alam maka perlula mereka melindungi di dalam air serta di darat. Kedua-duanya merupakan senjata serta simbol kekuatan paling berkuasa pada zaman mereka. Tapi secara jujur puteri hijau nie memang cantik macam puteri di dalam cite lama-lama. Rambut ikal mayang, lemah lembut dari gaya perwatakan muka (facial expression) dll. Cuma di istana nie ada sebuah bilik yang mana katanya selepas tampuk pemerintahan bertukar kepada kerajaan sekarang bilik tersebut tidak penah lagi dibuka sbb ada misteri disebaliknya.
Walau apapun, suka sangat dengan architecture istana nie. Ciri-ciri istana melayu lama dapat dilihat dengan jelas. Kekuranganya tiada info yang dipamerkan serta kurang dari segi panduan kepada pelancong yang datang. So kesimpulannya kasih sayang adik beradik tak dapat putus seperti perumpamaan xkan putus kalau air dicincang...






(** Nape motif color hijau dan kuning building nie?? Jwpn: sebab nama puteri bagi pemerintahan ini Hijau dan Kuning agak-agaknya la tafsiran diri sendiri hehe :p)

No comments:

Post a Comment