Persoalan ini sebenarnya selalu bermain di dalam minda ini since beberapa bulan yang lalu. Kalau nak diceritakan pengalaman dan apa yang dilalui mungkin ceritanya tidak seHEBAT dan seGAHnya dengan pengorbanan Nabi Ibrahim. Walaupun belum mengetahui kepastiannya mengenai isu pengorbanan itu, tapi ramai yang di belakang bersuara itula pengorbanan yang telah dia lakukan. Tentunya kata-kata seperti kesian, simpati dan tidak sangka berbunyi-bunyi di bisikan telinga nie. Sebelum kita membuat penilaian kita sendiri mengenai NILAI pengorbanan itu jom kita imbas kembali pengorbanan Nabi Ibrahim.
Pengorbanan Nabi Ibrahim.
Nabi Ibrahim sendiri apabila diperintahkan supaya menyembelih anaknya sendiri (Nabi Ismail), hati merasakan sungguh berat untuk berbuat demikian. Bayangkan seorang anak yang begitu disayangi, perlu disembelih dengan tangan sendiri. Tetapi dengan iman yang tinggi dan keyakinan yang teguh, "ALLAH" diletakkan di tempat yang tertinggi. Sehingga tiada yang layak diutamakan melainkan hanya DIA.
Kerana kepatuhan Nabi Ibrahim dan kesanggupan anaknya Nabi Ismail, Allah memberikan balasan yang sebaiknya buat mereka. Nabi Ismail tidak disembelih, malah digantikan oleh Allah dengan seekor 'kibasy' untuk dikorbankan. Begitulah tingginya keimanan mereka yang membawa hati menjadi ikhlas untuk berkorban. Pengorbanan yang merentasi rasa sayang ayah kepada seorang anak, demi mendapatkan redha dari Allah yang dicintai. Allahuakbar...
Berbalik pada isu yang membelenggu diri, persoalannya sejauhmana diri kita yang menentukan nilai pengorbanan itu pada diri kita. Semakin tinggi kita berkorban, semakin tinggilah nilai pengorbanan tersebut. Dan begitulah sebaliknya. Untuk permulaan bagi meningkatkan momentum pengorbanan kita, hayatilah kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dengan sebenar-benar penghayatan. Penghayatan sehingga mampu meningkatkan momentum pengorbanan dalam diri kita untuk mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian.
Maka bagi individu yang melakukan pegorbanan walaupun sedikit nilainya tetapi ikhlas di situ kita boleh klasifikasikan sebagai individu tersebut berani dan tidak berkira untuk berkorbankan diri demi kebaikan individu lain. Maka adala nilai pengorbanan ia tersendiri. Bagi yang berkira dan tidak berani berkorban sudah tentu susah dan mungkin sekali tidak mahu langsung berkorban. Jadi, masakan pula orang yang tidak berkorban dapat merasa nilai. Hanya individu tersebut jer mampu menilai besar mana pengorbanan yang telah dilakukan. Kita yang menerima mungkin tidak merasai perasaan yang dilalui.
Susah bukan? Kerana pengorbanan bukan sesuatu yang senang, ramai yang meninggalkannya. Ramai yang menghindarkan diri daripada berkorban. Melainkan orang-orang yang tinggi imannya mampu berkorban dengan sebenar-benar pengorbanan.
*** Kepada SAHABAT yang telah melakukan pengorbanan itu insyaAllah... Allah akan memberi ganjaran yang setimpal dengan apa yang telah dilakukan. Didoakan semoga Allah memberi kesejahteraan dan meringankan kesakitan dan bebanan yang dilalui sekarang. Semoga ketenangan akan mengiringi dirimu.
Itu jer yang mampu seorang SAHABAT lakukan demi seorang SAHABATnya. Thanks
"Kehidupan ini dipenuhi dengan seribu macam kemanisan tetapi untuk mencapainya perlu seribu macam pengorbanan".
SEKIAN..
Lydia Johar
12 Nov 2011 bersamaan 15 Dzulhijjah 1432 Hijrah
No comments:
Post a Comment