Islamic Clock

Asmaul Husna

Pages

Total Pageviews

Powered by Blogger.

Tuesday, 15 November 2011

Detik BERSEJARAH...


Hari nie merupakan hari bersejarah bagi kita sebagai anak Malaysia. Terpanggil untuk merakamkan detik bersejarah di dalam blog... Penting untuk generasi muda macam kita mengenali sejarah supaya mengetahui JATI DIRI sebagai anak bangsa. Wahh.. macam ahli sejarah tapi ok per sejarah results SPM mantop hehe

Istana Negara Berpindah Ke Jalan Duta Hari Ini.
Istana Negara Ditutup Secara Rasmi.

SEJARAH ISTANA NEGARA
Istana Negara yang terletak di Jalan Istana, ibu negara, bakal menjadi sejarah peninggalan negara. Istiadat khas akan berlangsung apabila Istana Negara secara rasminya berpindah ke Jalan Duta. Nostalgia Istana lama yang sudah bertapak sejak merdeka itu, ingin dikongsi Pang Chin Fei, dalam laporannya. Istana Negara, di Jalan Istana, asalnya sebuah banglo dibina pada 1928, dengan harga RM150,000. Ia menjadi kediaman jutawan dari China, Chan Wing, sebelum diambil-alih pemerintahan Jepun, sebagai mes pegawai tenteranya pada 1942 hingga 1945. Selepas Jepun menyerah kalah, ia diubahsuai menjadi Istana Sultan Selangor, Sultan Sir Hishamuddin Alam Shah. Kerajaan persekutuan, kemudiannya membeli bangunan ini dengan harga RM1.4 juta untuk dijadikan Istana Negara, pada 1957. Bermula dengan pertabalan Yang Dipertuan Agong Pertama, Tuanku Abdul Rahman Tuanku Muhammad, dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Kurshiah Almarhum Tuanku Besar Burhanuddin. Istana ini sudah menjadi tempat bersemayam bagi 13 Yang Dipertuan Agong dan Raja Permaisurinya.

Info Mengenai Istana Negara.
Selain balairong seri yang digunakan untuk istiadat rasmi, Istana ini juga memiliki 20 bilik, dapur bagi 100 orang, balai mengadap, empat bilik tetamu, dua balai kemasukan dan satu dewan santapan. Bagaimanapun, kebanyakan barang, khususnya barang perhiasan sudah dipindahkan ke Istana Negara, Jalan Duta
PANG CHINN FEI, Petikan laporan dari: TV3 Stesyen TV Portal Pertama

Adat Istiadat Bagi Acara Perpindahan.
Istana yang menjadi kediaman rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sejak merdeka ini menyaksikan perpindahan seisi istana pada 15 November 2011 apabila Istana Negara, Jalan Duta dijadikan kediaman rasmi Seri Paduka Baginda yang baharu. Bermula tarikh tersebut, persemayaman baginda dan segala urusan rasmi Majlis Raja-raja akan turut berpindah sama dan Tuanku Mizan Zainal Abidin merupakan Yang di-Pertuan Agong yang terakhir bersemayam dan ditabalkan diistana ini.
Istiadat menurunkan bendera peribadi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong juga dilakukan pada jam 9 pagi bagi menyatakan secara rasminya bahawa Yang di-Pertuan Agong tidak lagi bersemayam di istana ini selain simbolik penamatan tugas di Istana Negara lama yang seusia kemerdekaan negara.
Tiupan paluan akhir juga diperdengarkan ketika bendera tersebut diturunkan. Selepas bendera diturun dan dilipat, ia menyaksikan perarakan kumpulan pengawal istana dan kumpulan penurun bendera disertai kawalan Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja dan Skuadron Istiadat Berkuda. Mereka menuju ke pintu masuk utama Istana Negara, bagi upacara penyerahan bendera peribadi Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, kepada Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Tengku Farok Tengku Abdul Jalil.
Upacara disaksikan Pengerusi Majlis Rasmi Kerajaan, Datuk Othman Mahmud dan kira-kira jam 9:40 pagi, pintu masuk utama Istana Negara ini, dikunci dikunci sebagai simbolik berakhirnya fungsi Istana Negara ini sebagai kediaman rasmi Seri Paduka Baginda.
 (Sumber dari: http://ms.wikipedia.org/wiki/Istana_Negara)

Jom Review Pictures di Istana Negara.

 ~Balairong Seri~

 ~Bilik Duta~

 ~Bilik Permaisuri~


~Hadapan Istana~

No comments:

Post a Comment