Pasti yang membacakan tajuk di atas merasa teruja untuk melihat apa content yang terdapat dalam coretan kali ini. Pasti ada dikalangan yang membaca terdetik dihati iaitu kisah CINTA. Ia semestinya kisah CINTA tapi bukan CINTA seperti yang diharapkan atau yang digambarkan oleh minda iaitu CINTA dua insan yang berlainan jantina berCINTA. Suka untuk berkongsi bersama serba cikit ilmu yang diperolehi bagi yang berminat dan yang akan terus membaca selepas ayat ini.
Pengalaman itu memang mendewasakan kita malah ia memberi implikasi yang besar pada diri kita. Kadang-kadang kita akan sedar secara langsung selepas mengalami pengalaman tersebut dan ada juga setelah sekian lama baru kesedaran itu hadir. Sama la jua dengan diri nie, mengakui masih lemah dan kurang pengalaman serta tunjuk ajar. Memadangkan diri ini suka membaca since di bangku sekolah tidak kira apa saja bahan bacaan yang pasti selagi boleh memberi ilmu pasti ia menjadi tatapan.
Cuma bila menjangkau dewasa ini dan disebabkan pengalaman hidup, peralihan genre bacaan berlaku. Berbalik pada words CINTA itu sendiri di awal remaja banyak koleksi novel CINTA dibaca dan dijadikan koleksi penuh rak buku dibuatnya. Inila yang dikatakan bila CINTA bertemu (berCINTA dengan novel CINTA). Definasi CINTA itu sendiri lebih kepada ** "CINTA Manusia" yang sangat subjektif.
Baru-baru nie apabila terbaca sebuah buku genre islamic yang pada masa sekarang menjadi peneman dikala masa lapang isi-isi yang dikupas menjadikan diri nie teruja untuk membaca dan terus menghayati. Antara bab yang dikupaskan dan sangat menarik ialah Dosa-dosa berguguran bila manusia yang saling mencintai bertemu... kalau dilihat perspektif isi didalam buku tersebut lebih meluas dan berbeza dari perspektif diri ini sendiri.
Menurut: Qatadah berkata: Anas ibnu Malik berkata bahawasanya Rasullulah bersabda,
"Tiada orang yang saling mencintai bertemu dengan orang yang dicintainya melainkan dosa-dosa keduanya berguguran, seperti gugurnya dedaun dari pepohon."
Tambahan Usman an Nahdi berkata, aku pernah mendengar Umar ibnu Khattab berkata bahawasanya Rasulullah bersabda:
Apabila dua insan muslim bertemu dan satu sama lain saling bersalaman, maka orang yang paling dicintai Allah antara keduanya ialah yang paling membahagiakan hati kawannya (paling cerah wajahnya). Apabila keduanya saling berjabat tangan, maka diturunkan kepada keduanya seratus rahmat. Sembilan puluh rahmat bagi yang memulai menjabat tangan, dan sepuluh rahmat bagi yang dijabat tangannya.
Himpunan hadis di atas, berupa jalinan persaudraan dan persahabatan dengan sesama muslim, saling berjabat tangan apabila bertemu ini termasuk berperilaku/sikap positif.
Ssesungguhnya ini adalah ANUGERAH yang disediakan oleh Allah. BerCINTA lah jua kita dengan sahabat dan saudara sesama Islam.
** Ingatan dan renungan bersama
~Inila buku yang dimaksudkan~ |
No comments:
Post a Comment