Islamic Clock

Asmaul Husna

Pages

Total Pageviews

Powered by Blogger.

Friday, 11 November 2011

11/11/11 (A SPECIAL MOMENTS AND DAY)

A DATE WITH A SPECIAL MEANING?


Tarikh yang sangat dinantikan oleh semua lapisan manusia tidak kira lapisan masyarakat, bangsa, budaya dan agama. Pada tarikh istimewa ini juga, pelbagai perancangan dilakukan untuk menjadikan ia membawa makna kepada setiap individu yang menantikannya. Ada yang menunggu untuk melancarkan filem, lagu, album dan ada juga yang menunggu anak mereka dilahirkan pada tarikh ini.
Persoalannya adakah tarikh ini membawa makna yang istimewa disebalik keunikan tarikhnya sendiri 11.11.11? ATAU ia hanya menunjukkan matematik tulen?

Signifikasinya 11.11.11 bagi (PURE MATH)
The numerical sequence of November 11 holds a special significance in the binary numeral system, which is the base-2 number system that represents numeric values using two symbols, 0 and 1. The date of November 11 has a binary number of 111110 where it has a decimal equivalent of 62 in the year 2010, and a binary number of 111111 with a decimal equivalent of 63 in the year 2011.
The number eleven has a special characteristic in mathematics where it is the sixth prime number. It contains some interesting peculiarities where the number eleven times itself equals a palindrome:

(2 digits) 11 x 11 = 121
(6 digits) 111111 x 111111 = 12345654321
(9 digits) 111111111 x 111111111 = 12345678987654321
Sources from: timeanddate.com

Signifikasinya Pada Perspektif Islam.
Boleh saja kita membuat penggiraan dengan membuat penambahan seperti ini:
11+11+11= maka jumlahnya 33
Ini adalah amalan harian kita selepas solat 5 waktu iaitu:
BERTASBIH (SUBHANALLAH)       = 33 Kali
BERTAHMID (ALHAMDULILLAH) = 33 Kali
BERTAKBIR (ALLAHUAKBAR)      = 33 Kali
(Tetapi kalau boleh buat lebih, itukan lebih baik...)

Bakal Mencipta Rekod
Suwaibah Muhammad Nasir memilih 11.11.11 bagi memulakan larian amal merentas gurun Sahara sejauh 1,111 kilometer. Pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu pernah mewakili negara ke pertandingan mendaki Bangunan Empire States, New York dan meraih tempat ke-12 selain pernah berlari di Itali, Indonesia dan Singapura. Beliau akan terus berlari bagi mengumpul dana membantu golongan kurang bernasib baik.

Bagi sesetengah orang, 2011 mungkin membawa seribu satu makna, mengukir kenangan terindah sepanjang kehidupan mereka. 2011 mungkin akan terpateri dan terpahat kukuh dalam ingatan dan tidak mungkin akan dilupakan selamanya. Banyak juga orang berlumba-lumba mencipta sejarah, antaranya mendirikan rumah tangga pada tarikh 'unik', 11.11.11. Dan mungkin juga ada diantara kita yang menikmati pengalaman indah pertama kali bergelar ibu atau ayah, pertama kali memandu kereta sendiri, pertama kali memiliki rumah sendiri, pertama kali mendapat anugerah, dan pelbagai lagi.
Namun begitu, saya percaya, dunia ini tidak diciptakan semuanya indah. Mungkin 2011 juga menyimpan kenangan paling pahit bagi sesetengah daripada kita. Namun yakinlah. Andai ada sinar mentari pasti ada hujan. Andai ada bahagia, pasti ada duka. Lumrah kehidupan sememangnya begitu. Kadang-kadang Allah mengizinkan kita untuk merasa kesakitan agar kelak kita lebih menghargai anugerah sihat yang Allah pinjamkan kepada kita.
Dan ada juga antara kita yang 'terpilih' untuk merasai keperitan akibat melakukan dosa, agar kelak kita tahu bagaimana nikmatnya kemanisan rasa keinsafan dan indahnya perasaan taubat. Pernahkah kita terfikir? Meminum air kosong ketika sangat dahaga tidak sama dengan minum air yang sama dalam keadaan tidak haus. Setiap apa yang Dia ciptakan, biarpun sebesar zarah, tiada apa yang sia-sia.

Renung-renungkanlah Bersama....




2 comments: