Islamic Clock

Asmaul Husna

Pages

Total Pageviews

Powered by Blogger.

Wednesday, 30 November 2011

Bila Manusia Yang Saling Mencintai Bertemu...


Pasti yang membacakan tajuk di atas merasa teruja untuk melihat apa content yang terdapat dalam coretan kali ini. Pasti ada dikalangan yang membaca terdetik dihati iaitu kisah CINTA. Ia semestinya kisah CINTA tapi bukan CINTA seperti yang diharapkan atau yang digambarkan oleh minda iaitu CINTA dua insan yang berlainan jantina berCINTA. Suka untuk berkongsi bersama serba cikit ilmu yang diperolehi bagi yang berminat dan yang akan terus membaca selepas ayat ini.

Pengalaman itu memang mendewasakan kita malah ia memberi implikasi yang besar pada diri kita. Kadang-kadang kita akan sedar secara langsung selepas mengalami pengalaman tersebut dan ada juga setelah sekian lama baru kesedaran itu hadir. Sama la jua dengan diri nie, mengakui masih lemah dan kurang pengalaman serta tunjuk ajar. Memadangkan diri ini suka membaca since di bangku sekolah tidak kira apa saja bahan bacaan yang pasti selagi boleh memberi ilmu pasti ia menjadi tatapan.

Cuma bila menjangkau dewasa ini dan disebabkan pengalaman hidup, peralihan genre bacaan berlaku. Berbalik pada words CINTA itu sendiri di awal remaja banyak koleksi novel CINTA dibaca dan dijadikan koleksi penuh rak buku dibuatnya. Inila yang dikatakan bila CINTA bertemu (berCINTA dengan novel CINTA). Definasi CINTA itu sendiri lebih kepada ** "CINTA Manusia" yang sangat subjektif.

Baru-baru nie apabila terbaca sebuah buku genre islamic yang pada masa sekarang menjadi peneman dikala masa lapang isi-isi yang dikupas menjadikan diri nie teruja untuk membaca dan terus menghayati. Antara bab yang dikupaskan dan sangat menarik ialah Dosa-dosa berguguran bila manusia yang saling mencintai bertemu... kalau dilihat perspektif isi didalam buku tersebut lebih meluas dan berbeza dari perspektif diri ini sendiri.

Menurut: Qatadah berkata: Anas ibnu Malik berkata bahawasanya Rasullulah bersabda,
"Tiada orang yang saling mencintai bertemu dengan orang yang dicintainya melainkan dosa-dosa keduanya berguguran, seperti gugurnya dedaun dari pepohon."
Tambahan Usman an Nahdi berkata, aku pernah mendengar Umar ibnu Khattab berkata bahawasanya Rasulullah bersabda:
Apabila dua insan muslim bertemu dan satu sama lain saling bersalaman, maka orang yang paling dicintai Allah antara keduanya ialah yang paling membahagiakan hati kawannya (paling cerah wajahnya). Apabila keduanya saling berjabat tangan, maka diturunkan kepada keduanya seratus rahmat. Sembilan puluh rahmat bagi yang memulai menjabat tangan, dan sepuluh rahmat bagi yang dijabat tangannya.
Himpunan hadis di atas, berupa jalinan persaudraan dan persahabatan dengan sesama muslim, saling berjabat tangan apabila bertemu ini termasuk berperilaku/sikap positif.
Ssesungguhnya ini adalah ANUGERAH yang disediakan oleh Allah. BerCINTA lah jua kita dengan sahabat dan saudara sesama Islam.
** Ingatan dan renungan bersama

~Inila buku yang dimaksudkan~



Sunday, 27 November 2011

Orang demam jalan-jalan ambik angin....


Straits Quay (Tanjung Tokong)....
Jom tengok gambar2 yang sempat capture masa jalan2 di Straits Quay dengan my lovely friend yang pity dengan kawan die yang demam nie. Neway thanks yer sebab bw jalan2 hirup udara segar di tepi laut tadi. Rasa lega cikit n have a good feeling :)




Seronok sangat dapat jalan-jalan and makan-makan dengan my friend. Thanks a lot *Zai.. Neway masa nak balik tiba-tiba hujan lebat melanda so we all decided tuk pulang terus. Semoga kawan-kawan yang len have a NICE WEEKEND!!

Saturday, 26 November 2011

Gambar Sebagai Kenangan...


Sebelum review pictures dibawah, dikesempatan ini bersyukur kepada Ilahi atas limpah kurnia kedua-dua majlis telah berjalan dengan lancar Alhamdulillah. Memandangkan dua-dua events nie memerlukan kerjasama dan bantuan maka diri nie sama-sama berkerja keras. Fyi demam telah melanda diri until today tapi semakin hari semakin ok cuma fever on off. Apa-apa pun happy dan gembira dengan kedua-dua majlis yang telah memberi kenangan manis buat semua yang terlibat.
** Kepada yang ambil berat dan bertanya khabar mengenai demam diri nie diucapkan ribuan terima kasih.

Sepanjang Majlis F&S...
Pada 20.11.2011

~Bersama Cousin (Amelia)~


~Aunty Haminah~

~Bersama dengan Pakchak & Makchak~

With my beloved MAMA
**Nampak tembabnye.. :p

Sepanjang Majlis MOA ICT~JKPSB...
24.11.11




Monday, 21 November 2011

Wedding Ceremony (Fatin & Sani's)


Dedicate especially to my Little sister...
Kalau rasa xpuas tengok (*Winda) balik nanti umah baru boleh tengok puas-puas yer.. :p Demi adik tercinta keje ofis xsiap taw dan xkhusyuk tgk bola malam nie huhuhu :( balik belanja makan.
Love & Miss You.. 







Sunday, 20 November 2011

Persiapan Untuk Majlis Malam Esok...


Baru balik dari dewan memandangkan keletihan ape kata layan jer pictures...
Nie antara persiapan yang dilakukan... Nanti esok malam insyaAllah kalau sempat akan diupload pictures yg dah siap saje nk bg suspen.
*** Jgn salah faham majlis tuk cousin yang akan melangsungkan majlis perkahwinan esok malam dan akad disebelah pagi di umah (bertukar tempat dr masjid negeri).

TAHNIAH!!! kepada Fatin dan pasangannya (Sani)

~Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat dan semoga hidup akan lebih diberkati InsyaAllah~
Hopefully didoakan semoga majlis akan berjalan lancar esok...


~Bunga telur~






Friday, 18 November 2011

Dikongsi Bersama...

8 Sebab Kenapa Wanita Bertudung Lebih Baik.


1) Tuntutan agama
Puteri Rasulullah kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya. “Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.

Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu? Rasulullah menjawab, “Wahai puteriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh lelaki yang bukan muhrimnya.


2) Mengurangkan dosa Sehelai rambut yang diperlihat kepada seorang lelaki, satu dosa anda dapat. Kalau sehelai rambut sengaja diperlihat kepada 10 lelaki maka 10 dosa anda dapat. Tahukah berapa ribu helai rambut anda? Dan tahukah berapa ribu lelaki yang anda hadapi setiap hari?

3) Lebih pintar dan tenang
 Kepala yang dilindungi tudung akan lebih selesa, cuaca panas dapat dilindungi melalui pemakaian tudung. Kepala yang sihat dan selesa akan mendorong kelancaran perjalanan darah di otak, otak akan dapat berfikir dengan cepat dan baik.

4) Tidak membazir
Tidak perlu pening-pening kepala membazirkan masa nak luruskan rambut, warnakan rambut dan membazirkan wang membeli shampoo, pewarna mahal atau pergi ke salun.

5) Lebih sopan dan manis
Lebih 98% lelaki mengakui wanita bertudung nampak lebih sopan dan manis.
(Jadi korang ada value added sebenarnya)

6) Rambut lebih tahan lama dan sihat
Fakta: Rambut yang terdedah kepada sinaran UV akan merosakkan rambut. Walaupun anda memakai syampoo pelindung, hakikatnya syampoo itu sendiri mengandungi bahan kimia merosakkan.

7) Menjadikan diri anda “Mahal”
Kebanyakan lelaki berpendapat bahawa wanita bertudung ibarat buah epal yang sedang masak ranum di pokok tetapi sukar dicapai kerana kedudukannya di puncak pokok berbanding epal-epal lain.

8 ) Lebih dihormati
Wanita bertudung lebih dihormati ramai, setiap tutur katanya menjadi panduan dan kesopanan serta sifat merendah diri menjadikan anda begitu dikagumi.

Pandangan dari seorang blogger:
(Artikel dari: http://aliffimran.blogspot.com/2011/11/8-sebab-kenapa-wanita-bertudung-lebih.html)

Thursday, 17 November 2011

Saya Anak Malaysia (Merdeka)


Actually tiba-tiba rasa nak update mengenai perlawanan bola sepak malam nie. Terus- terang nk bgtau saya sebenarye tidak suka the events sport semua nih. Perlawanan sukan nie akan ditonton bila mana ada game / team Malaysia yang gagah and ada nama jer tonton. Lately nie sukan bola team Harimau Malaya (senior) dan Harimau Muda mula menonjol. Parents sendiri komen bgtau, dah lama xrasa suasana dan semangat tertunggu-tunggu nak menonton perlawanan bola bermula. Dah lama sangat team kita tidak berada dalam posisi seperti sekarang. lagi-lagi rasa nervous menanti gama TAMAT. Tak senang duduk sepanjang tengok game tadi.

So diri nie selalu ler mula curi-curi tengok game dangan family members. Kadang-kadang ada ler suara yang kata eik nih xbusy ker bt keje? :p Apa pun sekarang boleh dikatakan majority warga MALAYSIA mula sibuk bercerita team bola sepak Malaysia. Esok confirm kat ofis dan students yang pg class sembang/borak isu tentang game malam nie. Kedai kopi sure HEBOH kalau xcaya cuba tengok facebook skrg penuh kat wallpost mengenai game td. Personal opinion, tumpang bangga dengan performance team kita bermain malam nie, cuma perlu penambahbaikan dan cuba menggelak kelemahan malam nie untuk perlawanan mendatang dengan Myammar.
Keep it up team HARIMAU MUDA!!!!

** sorry kalau lotaran idea mengenai sukan bola krg memuaskan. Maklum la baru berjinak tengok game bola team kita huhuhu


Sebelum akhiri perkongsian cerita pada update kali nie, tadi selepas game tamat astro arena ada memamparkan video clips AKU ANAK MALAYSIA(MERDEKA) yang menonjolkan beberapa nama besar bintang atlit negara. Suka tengok and tiba-tiba rasa bersemangat membakar ke dalam jiwa. hehehe (t'over plak) ;)
OKla semua.. GOOD NITE..




Penantian Game seterusnya.....


Tuesday, 15 November 2011

Detik BERSEJARAH...


Hari nie merupakan hari bersejarah bagi kita sebagai anak Malaysia. Terpanggil untuk merakamkan detik bersejarah di dalam blog... Penting untuk generasi muda macam kita mengenali sejarah supaya mengetahui JATI DIRI sebagai anak bangsa. Wahh.. macam ahli sejarah tapi ok per sejarah results SPM mantop hehe

Istana Negara Berpindah Ke Jalan Duta Hari Ini.
Istana Negara Ditutup Secara Rasmi.

SEJARAH ISTANA NEGARA
Istana Negara yang terletak di Jalan Istana, ibu negara, bakal menjadi sejarah peninggalan negara. Istiadat khas akan berlangsung apabila Istana Negara secara rasminya berpindah ke Jalan Duta. Nostalgia Istana lama yang sudah bertapak sejak merdeka itu, ingin dikongsi Pang Chin Fei, dalam laporannya. Istana Negara, di Jalan Istana, asalnya sebuah banglo dibina pada 1928, dengan harga RM150,000. Ia menjadi kediaman jutawan dari China, Chan Wing, sebelum diambil-alih pemerintahan Jepun, sebagai mes pegawai tenteranya pada 1942 hingga 1945. Selepas Jepun menyerah kalah, ia diubahsuai menjadi Istana Sultan Selangor, Sultan Sir Hishamuddin Alam Shah. Kerajaan persekutuan, kemudiannya membeli bangunan ini dengan harga RM1.4 juta untuk dijadikan Istana Negara, pada 1957. Bermula dengan pertabalan Yang Dipertuan Agong Pertama, Tuanku Abdul Rahman Tuanku Muhammad, dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Kurshiah Almarhum Tuanku Besar Burhanuddin. Istana ini sudah menjadi tempat bersemayam bagi 13 Yang Dipertuan Agong dan Raja Permaisurinya.

Info Mengenai Istana Negara.
Selain balairong seri yang digunakan untuk istiadat rasmi, Istana ini juga memiliki 20 bilik, dapur bagi 100 orang, balai mengadap, empat bilik tetamu, dua balai kemasukan dan satu dewan santapan. Bagaimanapun, kebanyakan barang, khususnya barang perhiasan sudah dipindahkan ke Istana Negara, Jalan Duta
PANG CHINN FEI, Petikan laporan dari: TV3 Stesyen TV Portal Pertama

Adat Istiadat Bagi Acara Perpindahan.
Istana yang menjadi kediaman rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sejak merdeka ini menyaksikan perpindahan seisi istana pada 15 November 2011 apabila Istana Negara, Jalan Duta dijadikan kediaman rasmi Seri Paduka Baginda yang baharu. Bermula tarikh tersebut, persemayaman baginda dan segala urusan rasmi Majlis Raja-raja akan turut berpindah sama dan Tuanku Mizan Zainal Abidin merupakan Yang di-Pertuan Agong yang terakhir bersemayam dan ditabalkan diistana ini.
Istiadat menurunkan bendera peribadi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong juga dilakukan pada jam 9 pagi bagi menyatakan secara rasminya bahawa Yang di-Pertuan Agong tidak lagi bersemayam di istana ini selain simbolik penamatan tugas di Istana Negara lama yang seusia kemerdekaan negara.
Tiupan paluan akhir juga diperdengarkan ketika bendera tersebut diturunkan. Selepas bendera diturun dan dilipat, ia menyaksikan perarakan kumpulan pengawal istana dan kumpulan penurun bendera disertai kawalan Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja dan Skuadron Istiadat Berkuda. Mereka menuju ke pintu masuk utama Istana Negara, bagi upacara penyerahan bendera peribadi Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, kepada Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Tengku Farok Tengku Abdul Jalil.
Upacara disaksikan Pengerusi Majlis Rasmi Kerajaan, Datuk Othman Mahmud dan kira-kira jam 9:40 pagi, pintu masuk utama Istana Negara ini, dikunci dikunci sebagai simbolik berakhirnya fungsi Istana Negara ini sebagai kediaman rasmi Seri Paduka Baginda.
 (Sumber dari: http://ms.wikipedia.org/wiki/Istana_Negara)

Jom Review Pictures di Istana Negara.

 ~Balairong Seri~

 ~Bilik Duta~

 ~Bilik Permaisuri~


~Hadapan Istana~

Kerja Baru.... (Part time)

Assalamualaikum & Good evening everyone..

Memandangkan kaki xbrp sihat tapi tangan sihat jer so buat kerja yang memerlukan tenaga tangan sepenuhnya. Kaki tu dah beransur pulih cuma xboleh gerak banyak doc kata kena rest xboleh lari-lari atau berjogging buat sementara waktu.

Diri nie sememangnya xboleh dok diam even (*work at home) so memandangkan ada event penting hari sabtu nie last minute baru diberitahu kenala buat preparation last minute jugak. Rasa xnak bg tau lg ape events yer so you all review dulu ape aktiviti yang sedang dilakukan. Neway xsiap sepenuhnya lagi cause baju baru pg tempah kemarin and esok baru siap.

Step 1: Ceraikan kain renda dan pilih corak bunga yang terpilih untuk digunakan pada design.

Step 2 : Gunting dengan kemas design bunga yang telah dipilih dan jahit manik untuk menambah seri.

Akhir sekali try design layout untuk dijahit pada kain baju/ kain mengikut kreativiti sendiri.

Nanti akan update bila dah 100% siap, lagipun tu bukan kain baju yang sebenar. Nantikan update selanjutnya mengenai baju yang bakal siap serta event apa yang bakal hadiri.  InsyaAllah...
**Esok kena masuk ofis :( 



Sunday, 13 November 2011

Friendships...


Bila kita melihat/menyebut this word FRIENDSHIPS agak-agak ada ke tidak dikalangan anda terfikir penah ker aku ada friendship ATAU masih ada ker FRIENDSHIPS dalam hidupku???
Bagi diriku dulu mungkin lebih ramai berbanding sekarang, mungkin disebabkan kekangan masa, komitmen lagi-lagi yang telah berumahtangga, lokasi (berhijrah untuk mencari rezeki), kesibukan dan sebagainya. Oleh sebab faktor-faktor yang telah dinyatakan perhubungan itu makin pudar dan kadang-kadang hilang begitu saja walaupun IT dihujung jari.
Nikmat dan keindahan masa belajar dengan rakan-rakan seperjuagan memang tidak akan dilupakan. Masa itu, kawan merupakan teman yang sentiasa berada disisi. Manakan tidak tido sekatil (katil 2 tingkat), makan semeja, setoilet (kongsi bersama), dapur dan barang dapur (sehati sejiwa) bak kata semuayer bersama. Pengalaman ini dilalui masa di hostel Sekolah Menengah dan juga asrama di IPTS. Kemudian beralih pula pada zaman di IPTA even tidak tinggal hostel tapi menjalani aktiviti dan masa dimana kebanyakkan dihabiskan bersama. Masuk kelas sama-sama, Makan (breakfast, lunch, minum petang, dinner, supper sometimes), study sama-sama, menangis sama-sama, stress+tension pun sama-sama. Yang paling menarik dan tertarik kadang-kadang tertido sama di MBA Lounge sampai ke pagi. Gaduh, bermasam muka, merajuk, kecik hati, marah, jelous, kerenah dll tu semua adakah rencah dalam persahabatan. Tidak semuayer indah tapi itu merupakan pengalaman yang akan mendewasakan kita.. InsyaAllah.

TAPI...
Sekarang masa dh berubah setelah semuayer dah bekerja, berkahwin serta berhijrah. Kesibukan mengatasi segala-galanya. Kepada yang masih dalam alam awal remaja dan study.. enjoy your time InsyaAllah satu hari anda juga merasa pengalaman ini. Apa-apapun THANKS YOU SO MUCH friends atas kenangan yang telah kita lalui bersama tiada nilai untuk dinilai. Semoga kalian semua berbahagia bersama yang tersayang dan mengecapi keberkatan di dunia dan diakhirat. Wishes u all the best!!

PENGETAHUAN:
Sepintas lalu mengenai nilai-nilai yang ada dalam persahabatan:

VALUE that is found in friendships is often the result of a friend demonstrating the following on a consistent basis:
  • The tendency to desire what is best for the other
  • Sympathy and empathy
  • Honesty, perhaps in situations where it may be difficult for others to speak the truth, especially in terms of pointing out the perceived faults of one's counterpart
  • Mutual understanding and compassion; ability to go to each other for emotional support
  • Enjoyment of each other's company
  • Trust in one another
  • Positive reciprocity - a relationship is based on equal give and take between the two parties.
  • The ability to be oneself, express one's feelings and make mistakes without fear of judgement. Article from: Wikipedia
Sebelum akhiri jom kita lihat dulu pesanan terbaik buat SAHABAT semua (termasuk untuk diri sendiri):
Kepada semua sahabat-sahabat yang sedang diuji, yang telah diuji & yang belum diuji..

Jangan Bersedih... Cinta Allah dan Rasulullah menjamin kebahagiaan.
Jangan Bersedih... Redha Dengan anugerah Allah membuat anda kaya di dunia.
Jangan Bersedih... Allah Maha Pengampun lagi Maha Penerima Taubat serta Rahmatnya yang Maha Luas.
Jangan Bersedih... Semata-mata disebabkan anda berbeza dengan orang lain kerana setiap kejadian Allah itu ada kelebihan tersendiri.
Jangan Bersedih... Bila disakiti, dicela, direndahkan atau dizalimi kerana setiap perkara yang berlaku adalah dugaan dari Yang Maha Esa.
Jangan Bersedih... Sesungguhnya setelah kesusahan akan ada kemudahan.
Jangan Bersedih... Kerana kesedihan anda akan membuat musuh anda gembira.
Jangan Bersedih... Atas perilaku manusia terhadapmu tetapi perhatikanlah perilaku mereka terhadap Allah.
Jangan Bersedih... Allah tidak akan mensia-siakan pengorbananmu dan setiap perkara yang baik mahupun buruk ada hikmahnya.
Wahai sahabat-sahabat, janganlah bersedih, dunia ini terlalu hina untuk ditangisi.
Artikel: iluvislam.com

"Everyone is a friend, until they prove otherwise."

~Lydia's painting~
"A Friend is someone who knows all about you and loves you anyway!!!"

~Lydia's Painting~
"If you judge people, you have no time to love them."

Happy working tommorow bagi yang berkerja.... (Me work at home)

Saturday, 12 November 2011

Pengorbanan....(Bagaimana Kita Meletakkan Nilainya?)



Persoalan ini sebenarnya selalu bermain di dalam minda ini since beberapa bulan yang lalu. Kalau nak diceritakan pengalaman dan apa yang dilalui mungkin ceritanya tidak seHEBAT dan seGAHnya dengan pengorbanan Nabi Ibrahim. Walaupun belum mengetahui kepastiannya mengenai isu pengorbanan itu, tapi ramai yang di belakang bersuara itula pengorbanan yang telah dia lakukan. Tentunya kata-kata seperti kesian, simpati dan tidak sangka berbunyi-bunyi di bisikan telinga nie. Sebelum kita membuat penilaian kita sendiri mengenai NILAI pengorbanan itu jom kita imbas kembali pengorbanan Nabi Ibrahim.

Pengorbanan Nabi Ibrahim.
Nabi Ibrahim sendiri apabila diperintahkan supaya menyembelih anaknya sendiri (Nabi Ismail), hati merasakan sungguh berat untuk berbuat demikian. Bayangkan seorang anak yang begitu disayangi, perlu disembelih dengan tangan sendiri. Tetapi dengan iman yang tinggi dan keyakinan yang teguh, "ALLAH" diletakkan di tempat yang tertinggi. Sehingga tiada yang layak diutamakan melainkan hanya DIA.
Kerana kepatuhan Nabi Ibrahim dan kesanggupan anaknya Nabi Ismail, Allah memberikan balasan yang sebaiknya buat mereka. Nabi Ismail tidak disembelih, malah digantikan oleh Allah dengan seekor 'kibasy' untuk dikorbankan. Begitulah tingginya keimanan mereka yang membawa hati menjadi ikhlas untuk berkorban. Pengorbanan yang merentasi rasa sayang ayah kepada seorang anak, demi mendapatkan redha dari Allah yang dicintai. Allahuakbar...

Berbalik pada isu yang membelenggu diri, persoalannya sejauhmana diri kita yang menentukan nilai pengorbanan itu pada diri kita. Semakin tinggi kita berkorban, semakin tinggilah nilai pengorbanan tersebut. Dan begitulah sebaliknya. Untuk permulaan bagi meningkatkan momentum pengorbanan kita, hayatilah kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dengan sebenar-benar penghayatan. Penghayatan sehingga mampu meningkatkan momentum pengorbanan dalam diri kita untuk mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian.
Maka bagi individu yang melakukan pegorbanan walaupun sedikit nilainya tetapi ikhlas di situ kita boleh klasifikasikan sebagai individu tersebut berani dan tidak berkira untuk berkorbankan diri demi kebaikan individu lain. Maka adala nilai pengorbanan ia tersendiri. Bagi yang berkira dan tidak berani berkorban sudah tentu susah dan mungkin sekali tidak mahu langsung berkorban. Jadi, masakan pula orang yang tidak berkorban dapat merasa nilai. Hanya individu tersebut jer mampu menilai besar mana pengorbanan yang telah dilakukan. Kita yang menerima mungkin tidak merasai perasaan yang dilalui.

Susah bukan? Kerana pengorbanan bukan sesuatu yang senang, ramai yang meninggalkannya. Ramai yang menghindarkan diri daripada berkorban. Melainkan orang-orang yang tinggi imannya mampu berkorban dengan sebenar-benar pengorbanan.

*** Kepada SAHABAT yang telah melakukan pengorbanan itu insyaAllah... Allah akan memberi ganjaran yang setimpal dengan apa yang telah dilakukan. Didoakan semoga Allah memberi kesejahteraan dan meringankan kesakitan dan bebanan yang dilalui sekarang. Semoga ketenangan akan mengiringi dirimu.
Itu jer yang mampu seorang SAHABAT lakukan demi seorang SAHABATnya. Thanks

"Kehidupan ini dipenuhi dengan seribu macam kemanisan tetapi untuk mencapainya perlu seribu macam pengorbanan".

SEKIAN..

Lydia Johar
12 Nov 2011 bersamaan 15 Dzulhijjah 1432 Hijrah

Friday, 11 November 2011

Berlalu Sudah....


Tarikh 11.11.11 telah meninggalkan kita... Tepat 12.00 tengah malam post nie disiarkan (merujuk jam notebook).
Alhamdulillah... syukur sebab berpengalaman lalui pada tarikh ini walaupun tidak melakar sejarah tp pada 11.11.11 wujudnya diri nie di dunia ini nak tunggu 1000 tahun rsyer dh xwujud / xpanjang umur. Apa-apa pun hidup tetap diteruskan semoga semua impian, harapan, apa yang dirancang sempena hari ni dan yang ingin tercapai hopefully semua yer telah TERTUNAI dengan izinNya.

SELAMAT MALAM SEMUA....

11/11/11 (A SPECIAL MOMENTS AND DAY)

A DATE WITH A SPECIAL MEANING?


Tarikh yang sangat dinantikan oleh semua lapisan manusia tidak kira lapisan masyarakat, bangsa, budaya dan agama. Pada tarikh istimewa ini juga, pelbagai perancangan dilakukan untuk menjadikan ia membawa makna kepada setiap individu yang menantikannya. Ada yang menunggu untuk melancarkan filem, lagu, album dan ada juga yang menunggu anak mereka dilahirkan pada tarikh ini.
Persoalannya adakah tarikh ini membawa makna yang istimewa disebalik keunikan tarikhnya sendiri 11.11.11? ATAU ia hanya menunjukkan matematik tulen?

Signifikasinya 11.11.11 bagi (PURE MATH)
The numerical sequence of November 11 holds a special significance in the binary numeral system, which is the base-2 number system that represents numeric values using two symbols, 0 and 1. The date of November 11 has a binary number of 111110 where it has a decimal equivalent of 62 in the year 2010, and a binary number of 111111 with a decimal equivalent of 63 in the year 2011.
The number eleven has a special characteristic in mathematics where it is the sixth prime number. It contains some interesting peculiarities where the number eleven times itself equals a palindrome:

(2 digits) 11 x 11 = 121
(6 digits) 111111 x 111111 = 12345654321
(9 digits) 111111111 x 111111111 = 12345678987654321
Sources from: timeanddate.com

Signifikasinya Pada Perspektif Islam.
Boleh saja kita membuat penggiraan dengan membuat penambahan seperti ini:
11+11+11= maka jumlahnya 33
Ini adalah amalan harian kita selepas solat 5 waktu iaitu:
BERTASBIH (SUBHANALLAH)       = 33 Kali
BERTAHMID (ALHAMDULILLAH) = 33 Kali
BERTAKBIR (ALLAHUAKBAR)      = 33 Kali
(Tetapi kalau boleh buat lebih, itukan lebih baik...)

Bakal Mencipta Rekod
Suwaibah Muhammad Nasir memilih 11.11.11 bagi memulakan larian amal merentas gurun Sahara sejauh 1,111 kilometer. Pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu pernah mewakili negara ke pertandingan mendaki Bangunan Empire States, New York dan meraih tempat ke-12 selain pernah berlari di Itali, Indonesia dan Singapura. Beliau akan terus berlari bagi mengumpul dana membantu golongan kurang bernasib baik.

Bagi sesetengah orang, 2011 mungkin membawa seribu satu makna, mengukir kenangan terindah sepanjang kehidupan mereka. 2011 mungkin akan terpateri dan terpahat kukuh dalam ingatan dan tidak mungkin akan dilupakan selamanya. Banyak juga orang berlumba-lumba mencipta sejarah, antaranya mendirikan rumah tangga pada tarikh 'unik', 11.11.11. Dan mungkin juga ada diantara kita yang menikmati pengalaman indah pertama kali bergelar ibu atau ayah, pertama kali memandu kereta sendiri, pertama kali memiliki rumah sendiri, pertama kali mendapat anugerah, dan pelbagai lagi.
Namun begitu, saya percaya, dunia ini tidak diciptakan semuanya indah. Mungkin 2011 juga menyimpan kenangan paling pahit bagi sesetengah daripada kita. Namun yakinlah. Andai ada sinar mentari pasti ada hujan. Andai ada bahagia, pasti ada duka. Lumrah kehidupan sememangnya begitu. Kadang-kadang Allah mengizinkan kita untuk merasa kesakitan agar kelak kita lebih menghargai anugerah sihat yang Allah pinjamkan kepada kita.
Dan ada juga antara kita yang 'terpilih' untuk merasai keperitan akibat melakukan dosa, agar kelak kita tahu bagaimana nikmatnya kemanisan rasa keinsafan dan indahnya perasaan taubat. Pernahkah kita terfikir? Meminum air kosong ketika sangat dahaga tidak sama dengan minum air yang sama dalam keadaan tidak haus. Setiap apa yang Dia ciptakan, biarpun sebesar zarah, tiada apa yang sia-sia.

Renung-renungkanlah Bersama....




Wednesday, 9 November 2011

Kenikmatan Disebalik Kesakitan.

Renungan Bersama:
Tahukah kita bahawa di sebalik kesakitan yang kita perolehi itu ada kenikmatan yang dianugerahkan oleh-Nya? Tetapi betapa sikitnya umat manusia yang bersyukur atas nikmat yang diberi ini walaupun mensyukuri nikmat itu suatu kewajipan atas orang yang beriman. Manakala kesihatan merupakan antara nikmat terbesar yang dikurniakan oleh Allah kepada hamba-hambanya.
Namun kenikmatan ketika sakit itu hanya dapat diukur oleh orang yang sedang sakit. Manusia dapat menilai erti kesihatan hanya apabila nikmat tersebut hilang. Bilamana sakit tersebut menimpa, maka sekali gus telah melenyapkan kebahagiaan.
Dalam sebuah hadis riwayat Imam al-Bukhari daripada Ibn Abbas r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Ada dua nikmat yang sering dilupakan oleh kebanyakan manusia iaitu kesihatan dan waktu lapang."
Namun sebagai orang hamba yang beriman, apabila ditimpa musibah penyakit ia tetap berzikir kepada Allah, bersyukur, bersabar dan mengharapkan ganjaran pahala. Sebagai mana sebuah hadis riwayat Muslim daripada Suhaib r.a., beliau berkata: "Rasulullah s.a.w. bersabda (yang bermaksud):
''Sungguh ajaib keadaan seorang mukmin. Seluruh keadaanya pasti menjadi baik. Dan ia tidak dimiliki oleh sesiapa pun melainkan orang beriman. Apabila ia memperoleh kenikmatan, ia akan bersyukur, maka kesenangan itu akan menjadi kebaikan buat dirinya."
Salah satu kelebihan sakit ialah ia dapat mengangkat darjat seseorang di sisi Allah. Sebuah hadis riwayat al-Tirmizi daripada Anas bin Malik r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya balasan pahala yang besar diperoleh melalui ujian yang besar. Kalau Allah mencintai seseorang, pasti Allah akan memberikan ujian kepadanya. Sesiapa yang redha menerima ujian Allah, maka baginya keredhaan-Nya. Dan sesiapa yang kecewa menerimanya, nescaya ia akan menerima kemurkaan-Nya."
Akhir kalam, Sentiasalah bersabar atas dugaan kesakitan yang diberi kerana sedetik masa orang yang sakit itu dinilai oleh-Nya. Mungkin nilaian inilah yang memberatkan timbangan amal kita apabila dihisab di akhirat nanti.
~Artikel dari iluvislam~

Cameron Highlands


Tiba-tiba adik ajak pg Cameron Highlands kononyer nak buat assignment for paper kewartawanan die. So okler memadangkan diri nie pun memerlukan HOLIDAY ok jer :) Bertolak dari rumah pada pukul 7.30 pagi then arrived at Cameron lebey krg 11.00 pagi. Kemudian kami bertolak pulang pada pukul 5.30 petang dan sampai di rumah lebey kurang pukul 10.00 malam.

Jom review pictures yang sempat dirakam. Susunan gambar dibawah mengikut urutan tempat yang dilawati.

The best things di BOH TEA CENTRE adalah view yer, menu makanan dan tentu-tentunya tehnya. Ada juga shopping bebarapa jenis teh yang sememangnya sangat MURAH berbanding di grocey shop atau shopping complex. Nanti akan update harga dan produk teh yang telah dibeli next post akan datang :)
BEE FARM nie sempat capture SUN FLOWER jer sebab takut nak pg ke sarangnye. Neway cantik ladang SUN FLOWER. STRAWBERRY FARM rasa common kita semua tengok lagi-lagi kalau dah pg Cameron. Setiap farm lebey kurang sama cuma kalau London tanam di tanah terus.
Nie pokok-pokok yang ada di NURSERY PLANT  kecuali pokok kubis. Tu sempat capture masa on the way nak masuk ke BOH CENTRE. Di sepanjang jalan dari awal dan pertengahan penuh dengan tanaman sayur.
Benda-benda lain macam biasa yang selalu orang beli iaitu strawberry, sayur-sayuran, sweet potatoes dan madu. This time part yang sukar diperolehi pada hari kebiasaannya adalah 'Milk Corn' atau jagung susu (yang warna putih tu) hanya ada setahun 2 kali jer tapi lupa tanya selain NOV bulan ape yang ada... Rasa sangat manis dan berlemak.

Finaly best jugak pegi Cameron enjoy tapi yang paling xbest jd driver dari mula perjalanan hinggala sampai di rumah semula. Kekurangannya sangat meletihkan dan kelebihannya jadi driver maka secara tak langsung diri nie xrasa pening hehe...
(Adik siap makan penadol fening sangat katanya) :p