Di pagi Jumaat yang mulia nie serta kesempatan yang ada aku ingin menulis nurkilan nie untuk disimpan dan dikenang dibelakang hari kelak.
Berita sedih kehilangan ayah kepada (Y~K~W~Y~A) kemarin tengahari sangat tidak diduga. Tapi kita sebagai hamba perlu redha dengan ketentuanNya. Berat dugaan dan ujian yang Allah berikan pada dirinya tapi setiap dugaan yang diberi adalah sesuatu yang mampu untuk hambanya tanggung. Awak tabah orangnya seperti yang dikatakan oleh kenalan rapat. Awak adalah anak/hamba yang terpilih untuk terima dugaan ini. Pasti ada hikmah atas ape yang berlaku, insyaAllah. Allah lebih menyayangi Ayah awak yang telah lama sakit dengan sakitnya.
Pengalaman lalui detik apabila tak dapat hubungi beliau di luar negara, merupakan sesuatu yang tidak akan dilupakan. Keluarga juga telah berusaha pelbagai cara untuk maklumkan kematian ayah serta tidak lupa juga buat kenalan-kenalan rapat beliau yang berikhtiar untuk hubungi beliau. Nikli Nodin antara yang sent private mssg tuk aku maklumkan keadaan semasa beliau disana. Die siap call Malaysia embassy serta hotel di sana. thanks nikli on behalf (*A).
Alhamdulilah syukur pengkemubian dah selamat disempurnakan malam semalam lepas isyak.
Salam Takziah dari kami sekeluarga...
Semoga roh arwah dicucuri Rahmat dan ditempatkan dikalangan orang beriman lagi soleh.. Amin
Info penting:
3hb Mei 2012-Khamis
2.00 petang di HKL
Dikebumikan di kg Kemasek lepas isyak
2.00 petang di HKL
Dikebumikan di kg Kemasek lepas isyak
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pesanan khas:
Apabila seorang anak Adam meninggal, maka akan terputus amalannya kecuali tiga perkara : sedekah jariyah, atau ilmu yang bermanfaat, atau anak soleh yang mendoakan kepadanya.
Maka ingatlah kepada mereka yang telah kembali menghadap Ilahi serta sedekahkanlah Al-Fatihah dan bacalah Yasin untuk mereka mudah-mudahan beban yang ditanggung mereka dikurangkan. Insya-Allah.
No comments:
Post a Comment