Islamic Clock

Asmaul Husna

Pages

Total Pageviews

Powered by Blogger.

Tuesday, 29 May 2012

Restoran Arab...

Just nak share mengenai makanan arab yang baru di cuba di tempat baru. Previously tempat yang pergi ni tempat we all geng MBA. Lepas jer abis class kami singgah dinner dulu sembang-sembang dan baru balik umah masing-masing. Kenangan manis antara geng kami Amir, Zai, Kak oya, Finas, Chandra dan Anis. Masa kat sinila jugak we all citer pasal hal dalam kelas, ketidakpuasan hati, stress assignment dan strategi-strategi untuk paper yang diambil. Kadang-kadang siap dok buat joke pasal lecturer yang mengajar hehe tiba-tiba teringat kat Datin. Fuuuuhhhh kenangan yang tidak akan dilupakan lah ;) Rinduuuuu sangat time tu. Celebrate besday pun kat area kedai makan di sini.

Restoran Arab: Sajid Khan
*Area belakang USM, Ivory

So baru nie sempat la pergi dengan ahli keluarga try nasi arab serta roti arab. Antara yang join maktam, mimi rosna, adik firda with hubby and maisara tidak lupa jugak mama. Last time pergi ada sebuah jer kedai arab sekarang dah 3-4 buah ada. Overall sedap roti arab berbanding dengan nasi. So next time nak makan lagi roti arab kat sini. Yummy sangat!!
~Nasi Arab Mendi~

~Roti Arab dengan curry chicken~

~Air minuman dari Arab~
*Lupa nama sedap rasa flavor vanila+blackcurrant

Saturday, 26 May 2012

Celebrate success with *ONE who special

Syukur ke hadrat Ilahi atas limpah kurnia yang diberikan.... (Alhamdulilah)

Actually nothing yang special sangat dengan kejayaan yang dicapai but al least I should pround as my personal achievement. Apa yang berjaya shuuu...shuuu.. (**secret) xboleh share dengan orang lain. Hanya aku, dia dan keluarga jer taw. Tujuannyer share dalam blog just nk share moments yg aku lalui tengahari tadi to show how much I really appreciate the things you have done. Thank you soooooo much for the surprise gift and lovely cake.
"It's all about creation and surprise. It just needs to be appreciated and watered like flowers. You have to water flowers. These peaks will come again."
Hope for the next time we got another celebration for another success incoming soon. InsyaAllah... pray for the best ;) Most important thanks for the support and understanding. Saya doakan jugak supaya semuanya baik2 belaka keje + life awak dengan izinNya. Ameenn..

Thanks Again...
Che'Gu Lydia Johar

~Gift, lovely paper bag and card~

~Taraaa... cantek kan??~

~Finally tercapai juga nk makan, bukan xnak pg beli cuma xbrp sihat lately nie~

~Red Velvet Cake~


Sunday, 20 May 2012

Suka Suka Ajer

Dihadapan koleksi buku-buku kesayangan,
Ditemani bersama handphone yang sunyi lagi sepi,
Hanya lagu berbunyi dari notebook,
Serta meja study kesayanganku,
Menjadi tempat alas....
____________________________________________
Kepada:
Mereka yang sudi membaca dan ikuti blogku ;)

LAPORAN KEHIDUPANKU YANG TERKINI.

Merujuk perkara di atas, saya pemilik blog ini sukacita memaklumkan bahawa kesempatan ini sudinya diri ini berkongsi cerita sepanjang cuti semester. Antara pengalamannya:

1. Kehidupan (Life) - satu perkataan yang sangat besar maknanya. Semakin dewasa semakin bermakna serta banyak tanggungjawab yang perlu dilaksanakan mengikut komitmen yang digalas. Setiap orang dari kita lalui perkara yang sama melainkan kalau individu tersebut tidak mempunyai kesedaran terhadap dirinya. Dalam kata sebenar kesedaran itu hadir bersama dengan kematangan. Ada berpendapat bahawa tidak semestinya semakin meningkat umur kita, maka kematangan kita jgk semakin meningkat jua. Actually, even u r 40 years old ada jgk yang masih belum matang dalam menjalani kehidupan. Point disini try harder to be meatured sebab bila minda kita matang maka setiap keputusan serta tingkah laku kita lebih teratur serta tepat.
2. Sahabat (Friends) - Satu masa dulu kawan-kawan adalah segala-galanya. Kepercayaan, sayang serta saling memahami/tolenrasi (cuba terima baik/buruk seorang kawan) adalah kunci dalam persahabatan. Namun disebabkan beberapa pengalaman yang dilalui ada seorang sahabat menasihati bahawa "Janganla ada antara rakan-rakan kita disenaraikan 'bestfriends' sebab bila kita menjadikan ia seseorang yang paling bererti dalam hidup kita.. besar kemungkinan kita akan mudah rasa disakiti dan meletakkan ahli keluarga jauh dibelakang." Cukup hanya mempunyai closed friends
* Now family come first no more BF but someone I call as my BF.
3. Happy VS Sad - Dua perkara niela yang menjadikan kehidupan kita mempunyai pelbagai cerita suka serta duka. Satu prinsip saya, lalui saja kehidupan ini setiap yang berlaku adalah dengan izinNya baik atau buruk itu kehendak Ilahi. Suka saya ingatkan diri bahawa bila terlalu gembira ingatla tentang cerita sedih supaya saya tidak pergi jauh pada landasan kehidupan. Di mana kegembiraan itu tidak akan berterusan selamanya. Maka dengan itu, diri saya tidak mudah alpa dan kecewa kelak. Sedih itu lumrah bila perkara buruk berlaku tapi hidup tetap diteruskan. Pengalaman saya, kegembiraan yang saya lalui selalunya tidak berpanjangan. So learn from experinces banyak dugaan. Hope dugaan itu semua datang kepadaku sebab Allah sayang aku.
4. Kerjaya (Career) - Alhamdulilah... saya semakin mencintai kerjaya ku sekarang. Dalam pada masa yang sama saya cuba perbaiki kelemahan diri serta memupuk kesabaran dalam menjadi seorang pendidik. Allah Maha Berkuasa dulu zaman sekolah saya sangat *xsuka menjadi guru kononnya personaliti saya tidak sesuai. Tapi keadaan telah merubah segalanya seiring dengan perubahan dalam diriku. Syukur ke hadrat Ilahi keputusan yang saya lakukan tempoh hari yang didorong oleh kekuatan hati olehNya inila hasil yang saya perolehi. Bukan ganjaran kewangan yang saya impikan tetapi lebih dari itu. Hopefully apa yang saya miliki dan lalui akan berterusan hendaknya.
5. Cinta (Love) - Berusaha, berdoa serta terus berdoa... Semua itu rahsia Allah.
6. Keluarga (Family) - Even still diri nie belum mempunyai keluarga sendiri tapi saya cuba belajar dari pemerhatian serta pengalaman dari ahli keluarga terdekat. Itu antara yang selalu saya suka sangat lakukan iaitu suka lihat dan perhati perlakuan orang (observation). Neway tu salah satu cara tuk belajar secara berterusan. Buat penilaian sikap, tingkah laku, personaliti dan bagaimana membina keluarga. Ambik yang jernih buangkan yang keruh. Sebaliknya bila tidak memiliki keluarga sendiri lagi, komitmen terhadap keluarga (parents especially) lebih berat berbanding abang serta adik yang masih belajar. Peluang ni perlu saya grab sebelum tidak mempunyai kesempatan itu kelak di masa hadapan.
7. Ilmu (Knowledge) - Bak kata cousins "Mira:You tu smart book... mana layan benda lain kan". Aku mampu tersenyum jer :) Memang betula ape yang dikatakan cuma xdela smart mcm orang len bila dh kata suka baca buku. Just myself really love books. Apa sahaja genre I would love to read. Most important dalam class selalu saya suka selitkan motivasi kepada students tuk terus cintai ilmu. Ilmu itu mencorakkan pemikiran minda kita. Dari pertuturan kita memberi gambaran siapa diri kita sebenarnya. Caya x??.  Namun dari kecil suka saya  ungkapkan "Biar ilmu penuh didada sebab ilmu itu penyuluh hidup". Another thing "Carila Ilmu hingga ke Negeri China..." pepatah tu adalah feveret saya masa zaman sekolah. Tapi dari statement Mira xdela just suka baca buku saja ada jgk benda len yang saya suka lakukan :p Tue *RAHSIA

Inila tujuh perkara yang diwarnai warna-warna pelangi dalam kehidupan peribadi saya kebelangkangan ini. Actually kebosanan serta tujuan mengisi masa yang terluang membuatkan diri ni cuba untuk update blog. Kerisauan peluang seperti ini mungkin sukar hendak diperolehi bermula minggu hadapan. Banyak preparation yang perlu dilakukan sebelum bermulanya class. Hope perkongsian ini, memberi manafaat untuk kita semua. Kalau ada yang kurang itu datang pada diri saya sendiri. Mohon maaf jika ada khilaf yang dilakukan secara tidak sengaja.

Dengan ini, saya mengucapkan ribuan terima kasih pada anda yang sudi membaca coretan/turkilan ini. Semoga semua yang membaca dapat berkongsi cerita yang aku sampaikan. Saya dahului dengan ribuan terima kasih.

Yang Benar,
Pemilik Blog


Thursday, 17 May 2012

Maktok tersayang telah pergi temui Ilahi...


~Perginya tak akan kembali lagi~
Tanggal 15/5/2012 merupakan hari yang akan kami semua jadikan memori memperingati pemergiannya Maktok meninggalkan dunia ini. Sedih serta sebak sudah pasti. Banyak kenangan arwah bersama kami semua sebagai cucunya. Budi serta jasa maktok juga mungkin tidak terbalas hingga akhir hayatnya. Banyak sudah pengorbanan beliau demi keluarga. Di akhir hayat maktok sakit kencing manis, darah tinggi serta jantung telah menyebabkan arwah hadapi penderitaan. Arwah sejak beberapa tahun lalu sudah tidak mampu berjalan serta berkata-kata seperti normal. Arwah kakinya sebelah terpaksa dipotong sehingga di pangkal lutut.
Siapa sangka dulu maktok yang banyak bercakap/berleter orangnya serta cergas boleh menghadapi keadaan seperti ini. Inilah yang dikatakan takdir Ilahi. Semuanya adalah rancangannya tiada sapa tahu. Allahuakhbar...
Arwah kalau dikalangan keluarga atau sedara terdekat selalu akan kenang akan kuih muihnya yang sedap lagi enak. Maktok merupakan Mak yang membesarkan anak-anaknya dengan menjual kuih di kampung. Yang sudah pasti kuih paktok ko serta bengkang pandan akan aku rindui. Dulu masa arwah masih sihat cakap jer nak makan pe pasti maktok akan masakan atau buatkan. Air tangan maktok memang tiada tandingan.
Makanan kegemaran arwah adalah pulut durian. Musim durian jer pasti rumah maktok penuh dengan buah durian serta akan dimasaknya pulut durian bersama kuah. Maktok kalau ditegur pasal makan manis serta makanan feveret die selalu akan kata " Takpa kalau dah sakit nanti makanla ubat, lagipun masa boleh makan nie makanla nanti sakit mana boleh makan". Anak-anak mana sanggup nk catu makan seorang mak xpela diturutkan sahaja. Tue kisah makan tapi kisah minum plak kopi O sehari satu jag serta air sirap..
Selain makan dan minum paling aku ingat semua orang suka masakan maktok. Kalau adik beradik jauh balik pasti akan call umah maktok cakap nk datang makan. maktok akan siapkan makanan serta jemputla kami semua datang makan sama. Arwah maktok nie pemurah orangnya. Itulah yang disebut oleh rata-rata orang yang ziarahi die kemarin. Suka buat kenduri dan makan-makan.
Masih terngyiang-ngyiang suara maktok ceritakan mcamna kehidupan die masa membesarkan anak-anak serta asal usul kami semua (nenek moyang kami).
Kalau bab aku masa kecik-kecik xyah rahsiala dengan maktok sebab aku antara cucu yang die dibesarkan di rumah die. Kami tinggal dengan arwah sehingga aku berumur 4-5 tahun. Aku kalau sembang dengan maktok sure die akan sentuh bab aku masa kecik2 huhuhu... Honestly aku terhutang budi dengan maktok. Terima kasih maktok atas segala-galanya... (* tiba-tiba air mata menitis... serius sedey dengan kehilangan maktok)

InsyaAllah maktok lydia akan sentiasa doakan serta sedekahkan ayat-atay Al-Quran tuk maktok. Semoga maktok dicucuri rhmat serta tenang disana. Ameenn
AL-FATIHAH....
In Memory Khatijah Bee Binti Long




~Kenangan bersama arwah tokwan di hadapan rumah maktok~
*Rumah terakhir arwah tinggalkan sebelum perginya ke rumah yang kekal.
~Di rumah maktok masa kecil bersama sepupuku yang len~
Dari kiri: Aku, abang, abang khairal dan Jefry
~Kenangan bersama semasa aku graduated MBA~
~3 generasi bersama atas platform berkongsi bersama rasa kegembiraan~



Wednesday, 16 May 2012

Mother's Day...

Pada hari yang sama, memandangkan mak sedara serta sepupu sekalian semua berkumpul kami semua plan nk celebrate awak sehari mother's day. Ambil keberkatan juga dengan kenduri pada hari tersebut. To all mother's especially to *MAMA

HAPPY MOTHER'S DAY..
MAMA:Your encouragement, support and love...

Has helped me grow
To what I'am now!
Thank you for
Brightening up my life!
~A mother's love for her child is like nothing else in the world. It knows no law, no pity, it dares all things and crushes down remorselessly all that stands in its path.~ Lydia Johar


~Makchak dengan anak menantu~


~Makandak dengan anak menantu~
~Mama dengan kakak serta adik~



Salamun An-Nisaa >> Nur Almira Sofia

Tarikh 12/5/2012 genap sudah usia Nur Almira Sofia duabelas hari. Baby ada kuning cikit but still undercontrol. Niat di hati dah lama disimpan sejak 9 bulan yang lalu maka bila dah tiba masanya harusla kita tunaikan niat tersebut. Abang dah berniat hendak lakukan Aqiqah untuk anak yang bakal dilahirkan so kami sepakat tuk lakukan pada tarikh yang telah disebutkan.

AQIQAH
Aqiqah pengertian dari segi bahasa ialah rambut dikepala kanak-kanak. Sementara pengertian aqiqah dari segi syara ialah binatang yang disembelih pada hari mencukur rambut bayi.
Aqiqah sebagai ibadah yang telah disyariatkan oleh Allah s.w.t. sebagaimana penjelasan Rasulullah s.a.w. dengan sabdanya yang bermaksud:
"Setiap anak yang lahir itu terpelihara dengan aqiqahnya yang disembelih untuknya pada hari ketujuh (daripada hari kelahirannya), dicukur dan diberi nama."
(Riwayat Abu Dawud, al-Turmuzi dan Ibnu Majah)
Ibnu Majah menerangkan maksud "... terpelihara dengan aqiqahnya..." (pada mafhum hadis diatas) adalah bahawa aqiqah itu sebagai sebab yang melepaskan kanak-kanak tersebut daripada gangguan syaitan yang cuba menghilangkan daripadanya melakukan kebaikan.

Disunatkan menjalankan ibadah Aqiqah pada hari ke 7, 14 dan 21 sekiranya tidak kesempatan maka lakukanlah pada bila-bila masa sebelum bayi itu baligh.

TAHNIK
Pada majlis ini, hanya keluarga terdekat yang dijemput serta lebih kurang 40+ jemaah masjid dan surau hadiri majlis tahlil serta doa selamat sebelah pagi. Kemudian disusuli dengan upacara belah mulut (tahnik). upucara ini adalah sunat menurut islam dengan tujuan untuk melazimkan bayi membuka mulut dengan mendapatkan ganjaran benda manis serta melancarkan percakapan anak kecil selain mengetengahkan anak kecil itu agar kelak selalu berkata manis dan benar. Sunat juga upacara ini disempurnakan oleh ahli ulama atau orang yang dianggap soleh.
Syukur kenduri semuanya berjalan dengan sempurna...
~Prof.Dr. Haji Hashim~
Imam serta sahabat Tok Papa




Maktok jalankan tanggungjawab sempurnakan cukur jambul baby
~Dah tak rambut die...~
*Gaun tu yang cantek

1st May... Dah dapat status * Aunty

Alhamdulilah syukur ke hadrat Ilahi...
Neway happy tu mmg happy cuma pada pandangan orang luar sure kata aunty die nie yg over excited hehe actually diri sendiri pun dok rasa aku plak yg over kan. Nak tahu x? sebenarye tok papa dan tok mama die yg excited cuma sebelum-sebelum nie xnak ngaku... :p tapi bila dah confirm dengan gelaran grandpa and grandma dieorang yang suke sangat. Tok mama die sampai xpergi salon dah syokk yer jaga cucu. Bawa pg klinik, bagi mandi, jaga menantu dalam pantang, masak makan kak ipar dan jaga baby. Tok papa balik jer dari surau dah tanya tido ker baby? kalau tido siap gerak sebab nak main. Apapun bagusla parents happy we all pun happy.

CONGRAT'S abang and kakak ipar...
Semoga NUR ALMIRA SOFIA menjadi anak yang solehah dan berjaya dunia serta akhirat. Amenn..
Weight: 2.9kg
Height: 32cm
D.O.B: 1/5/2012
 Time:5.49PM




Friday, 4 May 2012

Berita kematian ayah seorang teman...


Di pagi Jumaat yang mulia nie serta kesempatan yang ada aku ingin menulis nurkilan nie untuk disimpan dan dikenang dibelakang hari kelak.
Berita sedih kehilangan ayah kepada (Y~K~W~Y~A) kemarin tengahari sangat tidak diduga. Tapi kita sebagai hamba perlu redha dengan ketentuanNya. Berat dugaan dan ujian yang Allah berikan pada dirinya tapi setiap dugaan yang diberi adalah sesuatu yang mampu untuk hambanya tanggung. Awak tabah orangnya seperti yang dikatakan oleh kenalan rapat. Awak adalah anak/hamba yang terpilih untuk terima dugaan ini. Pasti ada hikmah atas ape yang berlaku, insyaAllah. Allah lebih menyayangi Ayah awak yang telah lama sakit dengan sakitnya.
Pengalaman lalui detik apabila tak dapat hubungi beliau di luar negara, merupakan sesuatu yang tidak akan dilupakan. Keluarga juga telah berusaha pelbagai cara untuk maklumkan kematian ayah serta tidak lupa juga buat kenalan-kenalan rapat beliau yang berikhtiar untuk hubungi beliau. Nikli Nodin antara yang sent private mssg tuk aku maklumkan keadaan semasa beliau disana. Die siap call Malaysia embassy serta hotel di sana. thanks nikli on behalf (*A).
Alhamdulilah syukur pengkemubian dah selamat disempurnakan  malam semalam lepas isyak.
Salam Takziah dari kami sekeluarga...
Semoga roh arwah dicucuri Rahmat dan ditempatkan dikalangan orang beriman lagi soleh.. Amin
Info penting:
3hb Mei 2012-Khamis
2.00 petang di HKL
Dikebumikan di kg Kemasek lepas isyak
                                       
                                        ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pesanan khas:
Apabila seorang anak Adam meninggal, maka akan terputus amalannya kecuali tiga perkara : sedekah jariyah, atau ilmu yang bermanfaat, atau anak soleh yang mendoakan kepadanya.

Maka ingatlah kepada mereka yang telah kembali menghadap Ilahi serta sedekahkanlah Al-Fatihah dan bacalah Yasin untuk mereka mudah-mudahan beban yang ditanggung mereka dikurangkan. Insya-Allah.