Islamic Clock

Asmaul Husna

Pages

Total Pageviews

Powered by Blogger.

Tuesday, 7 August 2012

Program "Secalit Budi Seukir Senyuman"


Sempena bulan Ramadhan yang indah dan penuh dengan keberkatan serta rasa keinsafan yang mendalam, atas dorongan faktor itu semua idea tercetus bagi meneruskan ibadah amal kebajikan. Syukur ke hadrat Ilahi  (Alhamdulilah) الحمد لله program SBSS telah berakhir dengan jayanya. Ucapan sekalung tahniah buat pelajar-pelajar yang gigih berusaha sama bagi memastikan program berjalan dengan lancar. Tanpa bantuan kalian semua tidak mungkin program akan berjaya dengan jayanya :)



Harapan semoga tujuan program serta objektif dari perspektif course serta secara general as humanity telah dapat dicapai dalam diri plejar-pelajar. Penghargaan tidak terhingga juga kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam membantu program ini diucapkan ribuan terima kasih. Penghargaan khas buat:
1) Pihak kolej sendiri (Island college of Technology) Pendaftar, Pengarah Akademik, pensyarah serta staf yang terlibat yang memberi sokongan. 
2) Pihak hospital Besar Pulalu Pinang PRO Puan Nurul, Ketua jururawat Puan Linda serta staf yang terlibat. 3) Semua pihak yang menyumbang dana/yang memberi tajaan secara langsung (Tadika Nur Cemerlang) dan GPMS.

Semoga amal ibadat serta amal jariah yang ikhlas serta sifat murni kita semua dapat diterima oleh Allah SWT... InsyaAllah. Harapan semoga program seperti ini dapat diteruskan di masa hadapan :)

***BAHAGIA SERTA MEMBAHAGIAKAN

(Memberi bahagia pada individu lain itu merupakan kebahagiaan yang tidak dapat diungkap :) )












Sunday, 5 August 2012

Salam Ramadhan....

Pejam celik.. pejam celik.. rupanya dh pertengahan tahun. Sekejap jer masa berlalu dalam kehidupan. Tak lama lagi jer dh nak berakhir tahun 2012. Macam-macam hal yang dilalui sepanjang tahun nie ada part sedey, terima berita kurang mengembirakan, cabaran dalam personal matter, cabaran di ofis, cabaran diri sendiri (dugaan + ujian), kegembiraan dan sebagainya. Namun semua itu dilalui dengan redha + anggap semua itu takdir. Allah sayangkan hambaNya sebab itu diberikan ujian/dugaan supaya diri nie tidak alpa serta akan lebey beriman padaNya. InsyaAllah.... Allah lebey Mengetahui :)

Lama jugak tak update blog.. kalau nk dicitekan sepanjang tak update apa yg dah berlaku dalam kehidupan diri nie rsnya xabis sampai pagi esk alamat sahur terus. Cuma nk highlight tentang kehidupan ini, siapa kata hidup xselalu indah dan hidup selalu penuh dengan dugaan. Yeerr betul cuma bagi melaluinya perlulah dengan istiqamah.. selalu berprasangka baik pada Allah. Urusla kehidupan seharian dengan benda bermanafaat serta penuhi seharian dengan kebaikan buang virus-virus yang pernah melalaikan serta yang menghapuskan sel-sel kebaikan dalam diri. Munasabah diri setiap malam sebelum tido itu cara terbaik. 

Sempena bulan Ramadhan selalu diri nie merenung semula apa sebenarnya yang telah dilakukan serta apa yang bakal dilakukan kelak. Cuba perbaiki dari sehari ke sehari. Kesabaran merupakan *KUNCI yang terbaik dalam lalui kehidupan ini. Bila ia dengan istiqamah semuanya jadi *INDAH belaka.. InsyaAllah.

Kesempatan ini, saya memohon maaf atas segala khilaf serta perbuatan yang mengecilkan hati mana-mana pihak secara sengaja atau tidak sengaja. Halalkan makan minum serta moga kita semua peroleh kebaikan di dunia serta akhirat.

Ikhlas,
Lydia