Islamic Clock

Asmaul Husna

Pages

Total Pageviews

Powered by Blogger.

Saturday, 1 December 2012

One Step Closer

Alhamdulilah...

Morning!!
Apabila Kita REDHA Pada Sesuatu Yang Mengecewakan HATI Kita, Maka Percayalah ALLAH Akan Menggantikan Kekecewaan Itu Dengan Sesuatu Yang Tidak Di Sangka..... :)
Itula yang dinamakan 'ANUGERAH DARI ALLAH'
 
Tarikh: 24 Nov 2012
Tanggal keramat buat diriku.
 
Tiada siapa sangka dan menyangka tapi aku percaya ia TAKDIR dari Allah SWT. Alhamdulilah... Thanks to Y-K-W-Y-A atas sepanjang perjalanan kita melaluinya hingga ke stages ini. Usaha dan tawakal pada Allah rencah utama serta pegangan yang dipegang.
 


 
Congrat's to both of us!!!
Thanks you so much & I really appreciated dear :)

Now we're already in new phase (engagement) = One Step Closer

Tuesday, 18 September 2012

Sweet September...

06/09/ 2012 vs 16/09/2012

Cantik, unik serta menarik..
Tuela ungkapan bagi mengambarkan tarikh di atas :)

Namun erti sebenar hanya boleh dinilai oleh pemilik bagi tarikh kelahiran kedua-dua individu yang berbeza. Syukur ke hadrat Ilahi atas limpah kurniaNya umur makin bertambah seiring dengan masa yang dilalui. Alhamdulillah...

06/09/2012- Khamis
Misi ke 'Bulan'
 
Perancangan telah dilakukan 2 minggu sebelum tarikh. Hanya dengan melihat beberapa pictures yang telah diambil di lokasi yang sama maka terhasil la idea tuk misi ke 'bulan' nama yang telah diberikan. Idea utama ditambah dengan beberapa elemen serta unsur surprise membuatkan misi ini lebey menarik dan timbul rasa teruja. Survey ker lokasi sebanyak 2 kali ditemani dengan photographer yang akan capture the moments and at the same time camerawoman yang bertanggungjawab membuatkan ia lebey mudah dirancang. Misi ini diketuai oleh saya sendiri serta 3 ahli len yang bertukus lumus memastikan ia berjaya. Secara keseluruhan Mr A suka & merasakan unexpected surprise yang dilakukan sempena besday beliau. Neway hasil misi ke 'bulan' merupakan permulaan terbek tuk fasa seterusnya dan ia merupakan moments yang tidak akan dilupakan. InsyaAllah.. Jom review pictures yg boleh dikongsi di sini.

 

 
 
 *Credited to the crew for the nice photos and make my dream come true. Thanks a lot :)
  
16/09/2012- Ahad
Hari Malaysia
 
Tidak seperti selalu sambutan kali nie... agak berbeza. KL merupakan lokasi yang tepat sambutan pada kali ini and most important this time ia lebey kepada personal celebration without family gathering. walaupun satu Malaysia cuti & celebrated tetap tidak istimewa seperti tahun nie dimana ada keunikan. "anugerah istimewa diberikan"~ perkara kebiasaan yang dilalui tidak dilalui seperti sebelumnya TETAPI perkara yang bakal dilalui pada bukan masanya memberikan sesuatu perasaan yang istimewa buat diri. Percaya dengan takdirNya yang semestinya mempunyai yg tersirat maknanya. Apa2 pun happy, enjoy & dihargai :) Thanks awak!! tiada ungkapan yang terbek yang mampu diberikan melain TQ. For my family thanks a lot ats segala-galanya yang telah kita lalui bersama.
 
 


 

Tuesday, 7 August 2012

Program "Secalit Budi Seukir Senyuman"


Sempena bulan Ramadhan yang indah dan penuh dengan keberkatan serta rasa keinsafan yang mendalam, atas dorongan faktor itu semua idea tercetus bagi meneruskan ibadah amal kebajikan. Syukur ke hadrat Ilahi  (Alhamdulilah) الحمد لله program SBSS telah berakhir dengan jayanya. Ucapan sekalung tahniah buat pelajar-pelajar yang gigih berusaha sama bagi memastikan program berjalan dengan lancar. Tanpa bantuan kalian semua tidak mungkin program akan berjaya dengan jayanya :)



Harapan semoga tujuan program serta objektif dari perspektif course serta secara general as humanity telah dapat dicapai dalam diri plejar-pelajar. Penghargaan tidak terhingga juga kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam membantu program ini diucapkan ribuan terima kasih. Penghargaan khas buat:
1) Pihak kolej sendiri (Island college of Technology) Pendaftar, Pengarah Akademik, pensyarah serta staf yang terlibat yang memberi sokongan. 
2) Pihak hospital Besar Pulalu Pinang PRO Puan Nurul, Ketua jururawat Puan Linda serta staf yang terlibat. 3) Semua pihak yang menyumbang dana/yang memberi tajaan secara langsung (Tadika Nur Cemerlang) dan GPMS.

Semoga amal ibadat serta amal jariah yang ikhlas serta sifat murni kita semua dapat diterima oleh Allah SWT... InsyaAllah. Harapan semoga program seperti ini dapat diteruskan di masa hadapan :)

***BAHAGIA SERTA MEMBAHAGIAKAN

(Memberi bahagia pada individu lain itu merupakan kebahagiaan yang tidak dapat diungkap :) )












Sunday, 5 August 2012

Salam Ramadhan....

Pejam celik.. pejam celik.. rupanya dh pertengahan tahun. Sekejap jer masa berlalu dalam kehidupan. Tak lama lagi jer dh nak berakhir tahun 2012. Macam-macam hal yang dilalui sepanjang tahun nie ada part sedey, terima berita kurang mengembirakan, cabaran dalam personal matter, cabaran di ofis, cabaran diri sendiri (dugaan + ujian), kegembiraan dan sebagainya. Namun semua itu dilalui dengan redha + anggap semua itu takdir. Allah sayangkan hambaNya sebab itu diberikan ujian/dugaan supaya diri nie tidak alpa serta akan lebey beriman padaNya. InsyaAllah.... Allah lebey Mengetahui :)

Lama jugak tak update blog.. kalau nk dicitekan sepanjang tak update apa yg dah berlaku dalam kehidupan diri nie rsnya xabis sampai pagi esk alamat sahur terus. Cuma nk highlight tentang kehidupan ini, siapa kata hidup xselalu indah dan hidup selalu penuh dengan dugaan. Yeerr betul cuma bagi melaluinya perlulah dengan istiqamah.. selalu berprasangka baik pada Allah. Urusla kehidupan seharian dengan benda bermanafaat serta penuhi seharian dengan kebaikan buang virus-virus yang pernah melalaikan serta yang menghapuskan sel-sel kebaikan dalam diri. Munasabah diri setiap malam sebelum tido itu cara terbaik. 

Sempena bulan Ramadhan selalu diri nie merenung semula apa sebenarnya yang telah dilakukan serta apa yang bakal dilakukan kelak. Cuba perbaiki dari sehari ke sehari. Kesabaran merupakan *KUNCI yang terbaik dalam lalui kehidupan ini. Bila ia dengan istiqamah semuanya jadi *INDAH belaka.. InsyaAllah.

Kesempatan ini, saya memohon maaf atas segala khilaf serta perbuatan yang mengecilkan hati mana-mana pihak secara sengaja atau tidak sengaja. Halalkan makan minum serta moga kita semua peroleh kebaikan di dunia serta akhirat.

Ikhlas,
Lydia

Saturday, 23 June 2012

Majlis Perkahwinan Ina & Fadly

Mohon maaf kepada kedua-dua pasangan pengantin baru kerna tidak bisa hadiri ke majlis. Ina jangan merajuk yer.. kakak rasa dari akak yang pegi sana lebey baik bagi Pak Johar aje yang pegi. Lagipun akak tiada peluang serta kesempatan. Rancangan sememangnya boleh sj pergi satu hari tapi rumah nanti ngagak ada siapa. So harap keputusan itu yang terbek. Kadu serta kad sebagai pengganti diri tidak lupa jugak doa yang diiringi bersama. Harap Ina suka pemberian dari kami berdua. Semoga Ina lebey bahagia bersama kehadiran suami tercinta dalam hidup. Moga juga semua yer bek2 kelak dalam menempuhi alam rumahtangga. Jangan lupa akak udah ler nanti :p Muaaahhh jasamu tetap dikenang :)

                                                             *Selamat Berbahagia*





Ole-ole dari Surabaya...

Thanks you so much to (Y-K-W-Y-A) ;)


*Ingatan pada keluarga merupakan sesuatu yang cukup indah...

Selain seronok melihat wajah kegembiraan serta senyuman yang terukir pada wajah hati tumpang bahagia melihat sebenarnya. Jalanilah kehidupan seadanya serta sebaiknya. Selain itu, happy jgk dengar citer dari surabaya.. menarik serta tertarik membuatkan diri nie nak pergi jugak satu hari nanti. Sesuai tuk berjalan-jalan untuk ambik udara baru lagi segar.













Saturday, 9 June 2012

Gifts...

Murah Rezeki kata orang ;)





TQ...TQ.. pada yang sudi memberi :)